Bayaran cukai tanah juga boleh dibuat melalui pos dengan cara menghantar cek / bank draf / kiriman wang / wang pos atas nama PENTADBIR TANAH WILAYAH PERSEKUTUAN ke alamat berikut:
Unit Hasil,
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Tingkat 1, Rumah Persekutuan,
Jalan Sultan Hishamuddin,
50678 Kuala Lumpur.
Pembayar hendaklah menyertakan bil cukai tanah semasa atau menyatakan no. rujukan hakmilik. Di belakang cek / bank deraf / kiriman wang / wang pos hendaklah dituliskan nama pembayar, alamat pembayar, nombor talipon dan nombor hakmilik tanah bagi memudahkan urusan penerimaan bayaran. Pembayar juga hendaklah memastikan alamat yang tertera pada bil cukai tanah adalah tepat supaya resit pembayaran dapat diterima.
Bagi pemilik tanah yang memerlukan resit bayaran cukai bagi tujuan urusniaga adalah dinasihatkan untuk membayar secara tunai / bank draf / wang pos / kiriman wang sahaja. Ini kerana pembayaran dengan cek persendirian / cek syarikat hanya akan diakui sah apabila cek telah dijelaskan oleh bank pembayar melalui laporan Jabatan Akauntan Negara. |