MAKLUMAT DAN GARIS PANDUAN - PEMBERIMILIKAN TANAH
 Pemohonan Tanah Kerajaan, Penyediaan Hakmilik Sementara & Penyediaan Hakmilik Tetap
Permohonan Tanah Kerajaan
Memproses permohonan pemberimilikan Tanah Kerajaan yang diterima daripada individu, agensi Kerajaan, syarikat swasta, pertubuhan dan perbadanan yang layak di bawah Kanun Tanah Negara (KTN) bagi kegunaan bangunan, perindustrian dan pertanian. Permohonan pemberimilikan tanah Kerajaan juga termasuk permohonan membaharui tempoh pajakan tanah bagi tanah-tanah milik yang telah tamat tempoh pajakannya.
 
Penyediaan Hak Milik Sementara
Memproses permohonan penyediaan Hakmilik Sementara bagi tanah-tanah yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kelulusan sebelum permulaan Kanun Tanah Negara (KTN).
 
Penyediaan Hak Milik Tetap
Kemukakan perkara-perkara berikut:Memproses penyediaan Hakmilik Tetap bagi tanah milik yang telah diukur halus keluasannya oleh Jabatan Ukur Wilayah Persekutuan untuk menggantikan Hakmilik Sementara.
 
 Pemohonan Pemberimilikan Tanah Kerajaan
Pemberimilikan tanah Kerajaan ertinya melupuskan tanah Kerajaan kepada individu, Agensi Kerajaan, syarikat swasta, pertubuhan dan perbadanan yang layak memiliki tanah untuk selama-lamanya atau untuk satu tempoh beberapa tahun bagi kegunaan bangunan, perusahaan dan pertanian menngikut Kanun Tanah Negara (KTN) 1965.
Permohonan Individu
Lengkapkan dan kemukakan perkara-perkara berikut:
1.
2 salinan Borang Jadual 1
2.
1 salinan Borang Pertanyaan
3. 2 salinan pelan kedudukan tanah yang dikeluarkan oleh Jabatan ini
4.
1 salinan Kad Pengenalan pemohon
 
Permohonan Agensi Kerajaan
Kemukakan perkara-perkara berikut:
1.
2 salinan Borang Jadual
2. 2 salinan pelan kedudukan tanah yang dipohon yang dikeluarkan oleh Jabatan ini
3. Justifikasi/alasan permohonan
 
Permohonan Syarikat/Pertubuhan/Persatuan
Kemukakan perkara-perkara berikut:
1.
1 salinan Memorandum & Article of Association (M&A) / Undang-undang Tubuh Persatuan
2.
1 salinan Borang 24 Akta Syarikat 1965 (*)
3.
1 salinan Borang 49 Akta Syarikat 1965 (*)
4.
Justifikasi/alasan permohonan cadangan projek
Setiap permohonan tanah hendaklah disertakan bayaran pendaftaran sebanyak RM 100.00 secara tunai atau Bank Draf atau Wang Pos atas nama PENTADBIR TANAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Peringatan :
1.
Hanya permohonan yang lengkap sahaja yang akan diproses untuk pertimbangan Jawatankuasa Kerja Tanah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
2.
Salinan bagi perkara (*) di atas mestilah disahkan oleh Pendaftar Syarikat
 
Permohonan Membaharui Tempoh PajakanTukar Syarat
Tanah yang telah tamat tempoh pajakan
Lengkapkan dan kemukakan perkara-perkara berikut:
1.
2 salinan Borang Jadual
2.
Dokumen asal hak milik telah luput
3. 1 salinan kad pengenalan pemilik
4.
1 salinan resit cukai tanah yang terakhir
5.
1 salinan Memorandum & Article of Association (M&A) / Undang-undang Tubuh Persatuanurat kebenaran yang berkepentingan (Sekiranya ada cagaran/gadaian/kaveat dan sebagainya)
6.
1 salinan Borang 24 Akta Syarikat 1965 (*)
7.
1 salinan Borang 49 Akta Syarikat 1965 (*)
8.
Justifikasi/alasan permohonan cadangan projek
Setiap permohonan tanah hendaklah disertakan bayaran pendaftaran sebanyak RM 100.00 secara wang tunai / Bank Draf / Wang Pos atas nama PENTADBIR TANAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.
 
Tanah yang akan luput tempoh pajakan (tidak lebih 2 tahun)
Kemukakan perkara-perkara berikut:
1.
2 salinan Borang 12A Kanun Tanah Negara
2.
Dokumen asal hak milik
3.
2 salinan Borang Jadual 1
4. 1 salinan kad pengenalan pemilik
5.
1 salinan resit cukai tanah yang terakhir
6. Surat kebenaran tanpa syarat dari pihak berkepentingan yang berdaftar ( termasuk Kaveat ) jika ada
7.
1 salinan Memorandum & Article of Association (M&A) / Undang-undang Tubuh Persatuanurat kebenaran yang berkepentingan (Sekiranya ada cagaran/gadaian/kaveat dan sebagainya)
8.
1 salinan Borang 24 Akta Syarikat 1965 (*)
9.
1 salinan Borang 49 Akta Syarikat 1965 (*)
10.
Justifikasi/alasan permohonan cadangan projek
11.