KAUNTER PENDAFTARAN TANAH KAUNTER STRATA
KAUNTER KUTIPAN HASIL KAUNTER SEMAKAN DAN PEMBELIAN PELAN TANAH
KAUNTER PEMBANGUNAN TANAH    
 
       
    KAUNTER PENDAFTARAN TANAH
     

Semua perkhidmatan yang dikendalikan oleh Unit Pendaftaran adalah melalui perkhidmatan kaunter. Sebanyak 20 buah kaunter telah disediakan bagi memastikan setiap urusan berjalan dengan lancar dan cepat. Setiap kaunter ini pula mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri iaitu:

Kaunter
Urusan
1,2

 

Semakan Strata
3

 

Kutipan Carian/ Salinan Sah
5,6

 

Carian
7

 

Pertanyaan
9,10,11,12

 

Perserahan
13

 

Lelong
14

 

Hakmilik Hilang/ Hancur/ 380
15

 

Kutipan QT/ FT
16

 

Kutipan Strata
17

 

Kutipan SPTB
18,19,20

 

Pendaftaran Wakil (Biometrik)


Kaunter Unit Pendaftaran terletak di aras 0, Rumah Persekutuan dan waktu urusannya adalah seperti berikut :

Hari
Waktu
Isnin - Khamis
8.00 pagi - 3.30 petang
Jumaat
8.00 pagi - 12.15 tengah hari

   Panduan Penyerahan Dokumen Di Kaunter
1.
Dapatkan tiket (nombor giliran) di kaunter No. 7 .
2.
Duduk sehingga nombor giliran anda dipanggil.
3.
Serahkan dokumen dan membuat pembayaran di kaunter berkenaan.
4.
Dapatkan resit bayaran.
  Panduan Perkhidmatan Carian
1.
Dapatkan borang carian di kaunter dan isikan borang berkenaan.
2.
Pergi ke kaunter No. 7 untuk mendapatkan nombor giliran dan menyerahkan borang carian kepada kakitangan yang bertugas.
3.
Tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil.
  Panduan Mengutip Hak Milik Muktamad Baru
Sila pastikan tuan/puan membawa bersama dokumen-dokumen berikut:
1.
Hakmilik asal yang telah dikeluarkan bagi lot ini.
2.
Salinan resit cukai tanah tahun semasa.
3.
Salinan notis yang meminta tuan/puan memungut hakmilik muktamad.
-->>Kembali ke atas
       
    KAUNTER KUTIPAN HASIL
   
Kaunter Unit Hasil terletak di aras 1, Rumah Persekutuan dan waktu urusannya adalah seperti berikut:

Hari
Waktu
Isnin - Jumaat (Jan - Mei)
7.45 pagi - 4.30 petang
Isnin - Jumaat (Jun - Dis)
7.45 pagi - 4.00 petang

Pemilik tanah adalah bertanggungjawab kepada Kerajaan untuk menjelaskan cukai tanah bagi setiap tanah-tanah yang diberimilik. Pemilik tanah juga adalah dinasihatkan supaya mengemaskini sebarang pertukaran nama atau alamat perhubungan pada bil cukai tanah supaya bil-bil dapat diterima setiap tahun.

Sila ke kaunter semakan untuk urusan:
  1. Pertanyaan Bil Cukai Tanah.
  2. Tukar Nama / Alamat Pada Bil Cukai Tanah
-->>Kembali ke atas
       
    KAUNTER PEMBANGUNAN TANAH
   
Kaunter Unit Pembangunan Tanah terletak di aras 3, Rumah Persekutuan dan waktu urusannya adalah seperti berikut :

Hari
Waktu
Isnin - Khamis
7.45 pagi - 4.30 petang
Jumaat
7.45 pagi - 12.15 t/hari
2.45 petang - 4.30 petang

Pemohon boleh berurusan di kaunter bagi tujuan penyerahan dokumen dan lain-lain urusan berhubung permohonan hakmilik strata atau apa-apa dokumen dan lain-lain perkara berhubung dengan perbadanan pengurusan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pemohon juga adalah dinasihatkan supaya memastikan permohonan yang hendak dikemukakan adalah lengkap sepertimana checklist dan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan.

Sila ke kaunter semakan untuk urusan:
  1. Penyerahan dokumen permohonan pembangunan tanah
  2. Kutipan dokumen yang berkaitan
  3. Penyediaan bil-bil bayaran permohonan/kelulusan 
  4. Sebarang pertanyaan berhubung pembangunan tanah 
-->>Kembali ke atas
       
    KAUNTER STRATA
   
Kaunter Unit Strata terletak di aras 1, Rumah Persekutuan dan waktu urusannya adalah seperti berikut :

Hari
Waktu
Isnin - Khamis
7.45 pagi - 4.30 petang
Jumaat
7.45 pagi - 12.15 t/hari
2.45 petang - 4.30 petang

Pemohon boleh berurusan di kaunter bagi tujuan penyerahan dokumen dan lain-lain urusan berhubung permohonan hakmilik strata atau apa-apa dokumen dan lain-lain perkara berhubung dengan perbadanan pengurusan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pemohon juga adalah dinasihatkan supaya memastikan permohonan yang hendak dikemukakan adalah lengkap sepertimana checklist dan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan.

Sila ke kaunter semakan untuk urusan:
  1. Penyerahan dokumen permohonan hakmilk strata atau perkara-perkara lain berhubung Perbadanan Pengurusan
  2. Kutipan dokumen yang berkaitan
  3. Penyediaan bil-bil bayaran permohonan/kelulusan 
  4. Sebarang pertanyaan berhubung hakmilik strata atau perbadanan pengurusan 
-->>Kembali ke atas
       
    KAUNTER SEMAKAN DAN PEMBELIAN PELAN TANAH
   
Kaunter Semakan dan Pembelian Pelan Tanah terletak di aras 2, Rumah Persekutuan dan waktu urusannya adalah seperti berikut:

Hari
Waktu
Isnin - Khamis
8.00 pagi - 4.30 petang
Jumaat
8.00 pagi - 12.15 t/hari
2.45 petang - 4.30 petang

Harga : RM20.00 satu lot / Tekapan - 2 salinan.

-->>Kembali ke atas