image
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan/Maklum Balas
Peta Laman
Soalan
Lazim
Hubungi
Kami
Aduan / Maklumbalas Peta
Laman

Makluman Berkenaan Sistem e-Tanah Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tarikh Kemaskini: 15 Ogos 2017

Image1 Image

Makluman Berkenaan Sistem e-Tanah Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
 

  1. Sistem e-Tanah adalah satu sistem bersepadu yang dibangunkan bagi menaiktaraf perkhidmatan pentadbiran tanah kepada pelanggan.
     
  2. Tarikh pemakaian Sistem e-Tanah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah pada 19 Jun 2017 melibatkan Modul Pendaftaran, Modul Consent, Modul Hasil, Modul Lelong dan Modul Strata.
     
  3. Modul Pembangunan, Modul Pemberimilikan, Modul Penguatkuasaan dan Modul Pengambilan sedang dalam fasa pembangunan sistem.
     
  4. Antara pembaharuan di Bahagian Pendaftaran, PPTG WPKL selaras pemakaian Sistem e-Tanah ialah:
    - Hakmilik Strata Berkomputer;
    - Carian Persendirian dan Carian Rasmi Hakmilik Strata melalui cetakan komputer;
    - Carian Persendirian Hakmilik Tanah (Landed) dan Strata boleh dibuat secara online (eCarian);
    - Single Point of Contact (SPOC). Pelanggan boleh membuat perserahan dan carian hakmilik di kaunter yang sama dan bayaran cukai tanah boleh dibuat bersama perserahan di kaunter Perserahan;
    - Akses menggunakan ID Portal Awam bagi mengemaskini maklumat firma dan rekod wakil firma, permohonan eCarian, semakan status permohonan melalui eSemakan serta bayaran cukai tanah melalui eBayaran. Layari www.ptgwp.gov.my.
     
  5. Antara kebaikan Sistem e-Tanah ialah:-
    - Carian Persendirian Hakmilik Strata boleh dibuat pada hari yang sama;
    - Carian Rasmi Hakmilik Strata dapat diperolehi dalam masa yang lebih singkat;
    - Pendaftaran Urusniaga dan Bukan Urusniaga Hakmilik Strata akan dapat dilaksanakan dalam tempoh yang lebih singkat.
     
  6. Bagi permulaan pemakaian Sistem e-Tanah, PPTG WPKL perlu melaksanakan Proses Tukarganti Hakmilik yang merupakan keperluan di bawah undang-undang iaitu Jadual Keenam Belas Kanun Tanah Negara.
     
  7. Semua Hakmilik Tanah dan Strata hendaklah ditukarganti kepada Hakmilik di bawah Jadual Keenam Belas Kanun Tanah Negara mulai tarikh kuatkuasa Sistem e-Tanah iaitu pada 19 Jun 2017.
     
  8. Carian Persendirian Hakmilik Strata dan Tanah (Landed) hanya boleh dibuat setelah hakmilik ditukarganti.

 

Bahagian Pendaftaran

PPTG WPKL