Bahasa Melayu Bahasa Melayu English English
  Bahasa Lain  
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan/Maklum Blas
Peta Laman

 

Topik Popular

|
  |  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
  • image

    Dasar Privasi

    Tarikh Kemaskini: 15 Ogos 2017

    Image1 Image

    Dasar privasi ini menerangkan penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui laman web Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan di www.ptgwp.gov.my.

     

    Keselamatan Data
    Semua penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

     

    Maklumat Yang Dikumpul
    Tiada maklumat peribadi dikumpul semasa pengunjung melayari www.ptgwp.gov.my kecuali maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui e-mel atau pendaftaran di bahagian yang dilindungi dalam laman web ini. Maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi Kementerian Kewangan yang lain untuk membantu dalam penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan pertanyaan atau aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

     

    Pautan
    Walaupun www.ptgwp.gov.my mempunyai pautan dengan laman web agensi-agensi di bawah Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan agensi-agensi lain, dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web agensi lain yang dilayari.

     

    Fail Log
    Bagi tujuan meningkatkan tahap keselamatan dan kecekapan laman web Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, maklumat umum pengunjung seperti jenis browser, nama domain, nama negara dan lain-lain maklumat akan digunakan dalam pengumpulan dan penganalisaan maklumat demografi dan halaman-halaman yang sering dikunjungi oleh pelanggan. Walaubagaimanapun ianya tidak melibatkan privasi individu.

     

    Cookies
    Pada masa ini, Cookies tidak digunakan. Walaubagaimana pun ianya mungkin akan digunakan pada masa akan datang.

     

    Pindaan Dasar
    Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini.

     

    Pertanyaan atau Aduan
    Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi www.ptgwp.gov.my bolehlah menghubungi kami.

     

    Maklumbalas
    Kami amat mengalu-alukan maklum balas dari pengunjung.