image

Soalan-soalan Lazim Mengenai e-Tanah

Tarikh Kemaskini: 14 September 2017

Image1 Image

 

  1. Saya telah mendaftar sebagai Firma Guaman di dalam Portal Awam PPTGWPKL, namun saya tidak dapat meneruskan urusan Carian kerana sistem memaparkan Id Hakmilik masih belum ditukarganti. Apakah yang harus saya lakukan untutk meneruskan urusan saya?

Jawapan :

Sekiranya id hakmilik masih belum ditukar ganti, firma yang telah berdaftar Id Pengguna boleh memohon untuk menukar ganti melalui Portal Pengguna Awam di Laman Web Rasmi PPTGWPKL.

 

  1. Apakah itu proses Tukarganti pada hakmilik?

Jawapan :

Proses tukarganti bermaksud proses penukaran daripada;

a)Hakmilik Tanah - dokumen hakmilik daftaran cetakan komputer Jadual Keempatbelas Kanun Tanah Negara (KTN) kepada dokumen hakmilik komputer Jadual Keenam Belas KTN.

b)Hakmilik Strata - dokumen hakmilik daftar Akta Hakmilik Strata (AHS) kepada Dokumen daftar strata berkomputer Jadual Keenam AHS.

Terdapat beberapa langkah dan proses yang perlu dilakukan untuk Tukarganti dan proses ini hanya boleh dilakukan selepas pewartaan dan penguatkuasaan sistem e-Tanah pada 19 Jun 2017.

 

  1. Berapa lama dianggarkan masa diambil untuk tukarganti dan bagaimana ingin memohon untuk mempercepatkan proses tersebut?

Jawapan :

Proses tukarganti keseluruhan dijangka mengambil masa sehingga 31 August 2017 dan telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2017. Pengguna boleh menyemak status Tukarganti hakmilik mereka dengan mengakses Laman Rasmi PPTGWPKL dan klik pada ikon ‘Tukar Ganti Hakmilik’ dan mengisi butiran yang diperlukan

Berikut adalah proses permohonan untuk mempercepatkan Tukarganti untuk kes-kes yang perlu tindakan segera;

a) Pengguna harus mendaftar mendapatkan ID Pengguna e-Tanah, kemudian boleh memohon melalui Portal Awam, log in dan klik pada Permohonan Tukar Gant

b) Untuk Firma Guaman yang telah mempunyai ID Pengguna, permohonan boleh juga dilakukan ke atas talian menggunakan ID pengguna atau memohon    melalui emel secara terus ke etanahklsupport@ptgwp.gov.my supaya keutamaan dapat diberikan kepada permohonan tukarganti hakmilik tersebut.

 

  1. Setelah memohon mempercepatkan proses Tukarganti, berapa lama proses masa diambil Tukarganti dilakukan?

Jawapan :

Tiada spesifik masa untuk berapa lama jangkamasa tukarganti akan diambil. Jangkamasa dianggarkan selama 3 - 4 minggu atau selewat-lewatnya 31 Disember 2017. Sebarang perubahan tarikh akhir jangkamasa Tukarganti akan dimaklumkan di ‘Makluman’ kolum laman portal rasmi e-Tanah. Jangkamasa juga bergantung kepada status hakmilik itu sendiri. 

 

  1. Bagaimana saya hendak tahu status hakmilik saya samada telah atau belum ditukarganti?

Jawapan :

Terdapat dua cara untuk pengguna menyemak status tukarganti;

1.Pengguna boleh mengakses Laman Rasmi PPTGWPKL dan klik pada ikon ‘Tukar Ganti Hakmilik’ dan mengisi butiran yang diperlukan.

2.Pengguna yang telah mempunyai ID boleh log masuk ke Portal Awam dan klik pada ikon ‘Permohonan Tukar Ganti’.

 

  1. Bagaimana cara untuk saya memohon Id Pengguna Portal Awam e-Tanah?

Jawapan :

Sebelum memohon, pengguna hendaklah mengenalpasti Jenis Akaun ID Pengguna dipohon seperti dibawah;

a)Untuk Firma Guaman yang telah berdaftar dengan PPTGWPKL (telah mempunyai Kod Firma) :

Permohonan untuk ID Online adalah melalui pengisian Borang yang boleh dimuat turun daripada Laman Rasmi PPTGWPKL

(Makluman Notis -> Permohonan ID Pengguna Portal Awam e-Tanah bagi Firma Guaman).

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah di emel kepada etanahklsupport@ptgwp.gov.my atau boleh diserahkan secara terus di Kaunter PPTGWPKL.

b)Untuk Firma Guaman yang baru hendak mendaftar (tidak mempunyai Kod Firma) :

Permohonan ID Online boleh dilakukan di Portal Awam e-Tanah di laman rasmi PPTGWPKL. Jenis akaun yang perlu dipiliih adalah Firma Guaman.

c)Untuk Individu :

Permohonan ID Online boleh dilakukan di Portal Awam e-Tanah di laman rasmi PPTGWPKL. Jenis akaun yang perlu dipiliih adalah Individu.

d)Untuk Juruukur Berlesen (JUB), Syarikat dan Pertubuhan / Koperasi :

Permohonan ID Online boleh dilakukan di Portal Awam e-Tanah di laman rasmi PPTGWPKL. Jenis akaun yang perlu dipiliih adalah Juruukur Berlesen (JUB), Syarikat atau Pertubuhan / Koperasi.

 

  1. Saya sudah mendaftar di portal e-Tanah, berapa lama masa yang diperlukan untuk mendapatkan Id Pengguna dan Kata Laluan?

Jawapan :

Id Pengguna dan Kata Laluan akan diperolehi seawal sehari waktu bekerja (24 jam) atau selewatnya dua hari waktu bekerja. Id Pengguna dan Kata Laluan ini akan diemel kepada emel pengguna yang didaftarkan dalam permohonan.

 

  1. Saya daripada Firma Guaman yang telah berdaftar sebelum ini dan telah mencuba untuk mendaftar melalui Online namun pendaftaran saya telah ditolak. Mengapa?

Jawapan :

Ini adalah kerana firma guaman telah didaftarkan sebelum ini di PPTGWPKL. Permohonan secaran online akan ditolak dan pengguna akan dimaklumkan melalui emel.

Pengguna hanya boleh memohon dengan mengisi borang keperluan id pengguna firma guaman, isikan borang dan emel kepada etanahklsupport@ptgwp.gov.my  atau datang sendiri ke PPTGWPKL untuk serahan borang yang telah lengkap diisi.

 

  1. Saya mencuba untuk masuk ke portal eConsent namun laman tersebut tidak boleh dibuka. Mengapa?

Jawapan :

Ini adalah kerana e-Consent adalah sistem dari portal lama dan tidak lagi digunakan. PTGWPKL telah menggunakan sistem baru iaitu sistem e-Tanah. Pengguna boleh melayari laman web e-Tanah yang baru di www.ptgwp.gov.my dan mendaftar sebagai pengguna di portal awam.

 

  1. Saya sudah berjaya masuk ke Portal Awam e-Tanah sebagai firma, bagaimana cara untuk saya membuat Permohonan Consent?

Jawapan :

Setelah log masuk ke Portal Awam, klik butang permohonan, dan pilih modul urusan CONSENT. Seterusnya, pilih senarai urusan yang ingin dilakukan. 

 

  1. Apakah urusan yang boleh dilakukan dalam permohonan secara online?

Jawapan :

Pengguna Online boleh menikmati kemudahan seperti berikut;

a)e-Carian - Permohonan Carian Persendirian Hakmilik Tanah dan Strata secara atas talian

b)e-Semakan - Semakan status permohonan secara atas talian

c)e-Bayaran - Semakan cukai tanah dan pembayaran secara atas talian

d)e-Consent - Permohonan Consent secara atas talian

e)Permohonan Strata dan Lelong secara atas talian

 

Untuk Firma Guaman berdaftar, urusan Permohonan Tukarganti turut boleh dilakukan secara online.

 

  1. Saya telah melakukan eCarian untuk Hakmilik Strata namun terdapat ralat memaparkan ‘Hakmilik tiada dalam sistem’.

Jawapan :

Terdapat kemungkinan  berikut;

a)Maklumat yang dimasukkan tidak tepat seperti Mukim, Jenis Hakmilik, Nombor Hakmilik, Bangunan, Tingkat dan Petak

b)Maklumat Bangunan yang dimasukkan tidak perlu beserta ‘-‘.

Contoh;        M1-B - salah

                        M1B - betul

c)Selepas langkah (a) & (b) dibuat dan masih lagi ralat yang sama dipaparkan, sila telefon Talian Hotline e-Tanah atau datang ke PPTGWPKL untuk semakan lanjut.

 

  1. Apakah cara bayaran yang diterima untuk urusan online?

Jawapan :

Perkhidmatan bayaran secara online boleh dilakukan melalui kaedah Debit Terus (FPX) atau melalui kad kredit VISA / Master Card (untuk Carian Persendirian dan Pembayaran Cukai Tanah sahaja).

Untuk urusan lain (Consent, Strata dan Lelong), firma hanya boleh membayar melalui kaunter di PTGWPKL.  

 

  1. Sekiranya terdapat permasalahan untuk saya meneruskan urusan secara online, bolehkah saya datang ke kaunter PTG untuk membuat urusan secara manual?

Jawapan :

Urusan permohonan (Consent, Strata dan Lelong) hanya boleh dilakukan secara online sahaja. Hanya urusan Carian Persendirian boleh dilakukan secara online atau datang terus ke kaunter.

 

  1. Selain Carian Persendirian, bolehkan saya lakukan Carian Rasmi secara online?

Jawapan :

Hanya urusan Carian Persendirian sahaja boleh dilakukan secara online atau datang terus ke kaunter. Manakala untuk Carian Rasmi, pengguna perlu datang ke PPTGWPKL untuk memohon di Kaunter Awam Aras G.

 

  1. Apakah Nombor Talian Hotline untuk e-Tanah untuk sebarang pertanyaan?

Jawapan :

Talian Hotline                    : 03 2693 6429

Masa Sokongan Hotline : Isnin - Jumaat (8:30 am - 4:30 pm)

 

  1. Adakah manual pengguna secara online disediakan dalam portal e-Tanah?

Jawapan :

Ya. Pengguna awam boleh merujuk kepada Manual Pengguna Awam e-Tanah dengan klik masuk ke Portal Awam eTanah -> Kuala Lumpur. Kemudian, di laman log masuk Portal Awam e-Tanah pengguna boleh klik pada ‘INFO SENARAI PERKHIDMATAN’ untuk manual pengguna online.

Manual penggunaan dalam bentuk video juga boleh dirujuk dengan klik kepada ‘Manual Pengguna Portal Awam e-Tanah’ di laman log masuk Portal Awam e-Tanah.