Bahasa Melayu Bahasa Melayu English English
  Bahasa Lain
 
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan/Maklum Blas
Peta Laman

 

Topik Popular

|
  |  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
  • image

    Makluman untuk orang awam - Urusan Kebenaran Pindahmilik

    Tarikh Kemaskini: 27 Disember 2018

    Image1 Image

    BERKUATKUASA DARI TARIKH 1 DISEMBER 2018
     

    1. Semua urusan permohonan 'Consent' dikehendaki mengemukakan dokumen Carian Rasmi / Salinan Hakmilik Pejabat Tanah diakuisah oleh Pendaftar Hakmilik sahaja. Pihak PPTGWPKL tidak lagi menerima salinan hakmilik yang disahkan oleh Pejabat Guaman.
       
    2. Bagi urusan permohonan 'Consent' yang melibatkan pemilik tanah berdaftar (penjual) / penerima milik (pembeli) adalah sebuah syarikat, pihak tuan / puan dikehendaki mengemukakan Carian SSM terkini sahaja. Pihak PPTGWPKL tidak lagi menerima salinan Borang 24, 49 dan MAA yang disahkan oleh setiausaha syarikat.

     

    BERKUATKUASA DARI TARIKH 23 OGOS 2018
     

    Semua urusan permohonan kebenaran perolehan tanah bagi hartanah yang mempunyai sekatan kepentingan mestilah memohon menggunakan sistem Portal Awam e-Tanah sahaja. Sebarang urusan secara ‘manual’ tidak akan diterima.
     

    Bagi hakmilik strata yang telah dikeluarkan, kelulusan yang diberikan di bawah hakmilik induk terbatal serta merta. Tuan / Puan hendaklah mengemukakan permohonan perolehan tanah yang baharu di atas hakmilik strata melalui sistem Portal Awam e-Tanah bagi tujuan urusniaga pindahmilik kecuali urusan tertentu yang dibolehkan dan telah mendapat pengesahan dari pihak PPTGWPKL.

    Kadar bayaran untuk setiap permohonan / pengesahan (CTC) adalah sebanyak RM50 bagi setiap borang permohonan / hakmilik.

     

    Kerjasama daripada semua pihak dalam perkara ini amatlah dihargai.

     

    Sekian, terima kasih.