Bahasa Melayu Bahasa Melayu English English
Bahasa Lain

Topik Popular

|
  |  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
  • image
    Soalan Lazim
    Hubungi Kami
    Aduan/Maklum Balas
    Peta Laman
    Soalan
    Lazim
    Hubungi
    Kami
    Aduan / Maklumbalas Peta
    Laman

    Pengaktifan fungsi pengimbasan Pointer (PTR) Record dan Sender Policy Framework (SPF) Record di peringkat Email Security Gateway (ESG) MyGovUC

    Tarikh Kemaskini: 16 Mac 2020

    Berkuatkuasa 16 Mac 2020, perkhidmatan e-mel MyGovUC akan diperkukuhkan dengan fungsi kawalan keselamatan bagi semakan rekod Domain Name System (DNS) iaitu Pointer Record (PTR), Sender Policy Framework (SPF), DomainKeys Identified Mail (DKIM) dan Domain-Based Message Authentication, Reporting, and Conformance (DMARC). 

    Sehubungan dengan itu, pentadbir e-mel agensi di luar domain MyGovUC hendaklah mewujudkan rekod tersebut di DNS agensi masing-masing sebelum tarikh penguatkuasaan bagi mengelakkan penghantaran e-mel kepada domain MyGovUC terganggu. 
     

    Tarikh Mula

    16 Mac 2020

    Tarikh Tamat

    Tidak Berkenaan

    Kerja-kerja / Tujuan / Sebab

    Pasukan Keselamatan MyGovUC akan mengaktifkan pengimbasan rekod PTR dan SPF di peringkat ESG pada tarikh dan masa seperti yang dinyatakan di atas. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kawalan keselamatan perkhidmatan e-mel MyGovUC.

    Kesan kepada Pengguna yang terlibat

    i. Pengguna MyGovUC akan gagal menerima e-mel daripada penghantar yang domain e-melnya tidak mempunyai rekod PTR dan SPF.
    ii. Penghantar akan menerima Non-Delivery Receipt (NDR) dari sistem e-mel MyGovUC.

    Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi:

    Meja Bantuan MyGovUC:

    Hotline : 03-7711 4646

    E-mel : vadsservicedesk@vads.com