Bahasa Melayu Bahasa Melayu English English
  Bahasa Lain  
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan/Maklum Blas
Peta Laman

 

Topik Popular

|
  |  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
  • image

    Surat Kebenaran Daripada Pemegang Gadaian dan Persetujuan Melepaskan Gadaian bagi Urusan Permohonan Menyerahbalik dan Bermilik Semula di Bawah Seksyen 204D Kanun Tanah Negara.

    Tarikh Kemaskini: 15 Ogos 2017

    Image1 Image

    Adalah dimaklumkan bahawa:

    1.    Pindaan Kanun Tanah Negara (KTN) A1516 telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2017. Melalui pindaan ini, terdapat beberapa seksyen di dalam KTN telah dikemaskini dan ditambahbaik bagi tujuan pemantapan prosidur.

    2.    Dimaklumkan juga bahawa, melalui seksyen 204GA yang telah dipinda menyatakan bahawa apabila Pihak Berkuasa Negeri telah meluluskan permohonan sepertimana dinyatakan di subseksyen 204E(3), setelah penerimaan kelulusan oleh pemilik tanah seperti dinyatakan dalam subseksyen 204E(4), suatu kebenaran/persetujuan daripada pemegang gadaian dan juga melepaskan gadaian, sebelum hakmilik-hakmilik baharu didaftarkan adalah diperlukan.

    3.    Sehubungan itu, mulai 5 Jun 2017, semua permohonan 204D yang dikemukakan ke pejabat ini dan melibatkan gadaian kepada pihak bank, pemilik tanah dikehendaki untuk mendapatkan surat persetujuan daripada pihak bank untuk melepaskan gadaian.

    4.    Gadaian perlu dilepaskan setelah mendapat kelulusan permohonan urusan tersebut bagi membenarkan hakmilik baharu didaftarkan sepertimana di bawah seksyen 204GA KTN. Pihak tuan boleh memasukkan semula gadaian di bawah Seksyen 242 KTN ke atas hakmilik baharu apabila urusan pendaftaran telah selesai. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan hakmilik baharu tidak dapat didaftarkan.
     

    Muat turun contoh surat kebenaran dan persetujuan melepaskan gadaian adalah seperti berikut :
    < Muat Turun Contoh Surat Kebenaran >