Bahasa Melayu Bahasa Melayu English English
Bahasa Lain

Topik Popular

|
  |  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
  • image
    Soalan Lazim
    Hubungi Kami
    Aduan/Maklum Balas
    Peta Laman
    Soalan
    Lazim
    Hubungi
    Kami
    Aduan / Maklumbalas Peta
    Laman

    Syarat Perserahan Urusniaga Hakmilik Strata bagi tahun 2020 yang mempunyai tunggakan Cukai Tanah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    Tarikh Kemaskini: 27 Disember 2019

     

    Cukai Petak akan dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai 1 Januari 2020. Pelaksanaan cukai petak ini adalah bagi menggantikan cukai tanah bagi skim strata. Ia akan memberi manfaat kepada semua pemilik unit strata terutamanya dalam memudahkan urusniaga ke atas hakmilik strata masing-masing. Bagaimanapun, terdapat skim-skim strata yang mempunyai tunggakan cukai tanah sehingga tahun 2019. 
     

    Sehubungan dengan itu, bagi membolehkan urusniaga dilaksanakan ke atas hakmilik strata yang mempunyai tunggakan cukai tanah di atas hakmilik induk pada tahun 2020, beberapa dokumen tambahan hendaklah dikemukakan bersama perserahan urusniaga. Rujuk senarai senario di Lampiran 1 dan contoh surat akuan berkanun di Lampiran A hingga F bagi tujuan perserahan urusniaga hakmilik strata pada tahun 2020.
     

    Keperluan surat akuan ini dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan hanya perlu dikemukakan bagi skim yang mempunyai tunggakan cukai tanah ke atas hakmilik induk sehingga tahun 2019 dan syarat ini terpakai sepanjang tahun 2020.