Bahasa Melayu Bahasa Melayu English English
  Bahasa Lain  
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan/Maklum Blas
Peta Laman

 

Topik Popular

|
  |  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
  • image

    Perutusan Pengarah

    Tarikh Kemaskini: 02 Ogos 2019

    Image1 Image

    Selamat datang ke Portal Rasmi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan.
     

    Sebagai sebuah jabatan di barisan hadapan dalam berurusan dengan pelanggan khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, maka tentulah banyak maklumat perlu dikongsi bersama antara pihak Jabatan dengan pelanggan sama ada individu, institusi-institusi kewangan, firma-firma guaman, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan, badan-badan berkanun, pertubuhan-pertubuhan mahupun orang ramai amnya.


    Perkembangan semasa dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menawarkan ruang yang luas bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan penyebaran maklumat. Melalui laman web ini, ianya diharapkan akan menjadi saluran dan sumber rujukan yang berguna kepada pelanggan bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan pelbagai perkhidmatan yang dikendalikan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan.
       
    Sejak diwujudkan pada Ogos 1999, laman web ini telah dikemas kini dari segi penampilan, kandungan dan paparan maklumat serta kemudahan urusan yang disediakan. Maklumat yang dipaparkan seperti garis panduan permohonan, borang-borang yang digunakan dan kadar bayaran bayaran atau fi yang dikenakan dapat membantu pelanggan menyediakan persiapan sebelum berurusan dengan kami. Sementara kemudahan urusan yang disediakan seperti semakan cukai tanah serta ruangan bagi mengemukakan pertanyaan, aduan serta maklumbalas diharap akan memudah interaksi dan meningkatkan keberkesanan pemberian perkhidmatan kepada pelanggan- pelanggan.


    Saya menaruh harapan melalui penggunaan laman web ini, PPTGWP dapat menyumbang ke arah k-society. Saya juga mengalu-alukan pandangan dan cadangan daripada pengunjung-pengunjung bagi memperbaiki lagi kandungan laman ini dari masa ke semasa.

    Selamat melayari laman web PPTGWP.

    Sekian.
     
    YBhg.  Dato' Haji Che Roslan bin Che Daud 
    Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan