Maklumat Am
a. Tanah yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah oleh dua atau lebih orang sebagai tuan punya bersama dipecah bahagikan supaya terletakhak kepada tiap-tiap daripada mereka, di bawah hakmilik berasingan, satu umpukan tanah berkadar seluas yang sehampir mungkin dengan bahagian yang belum dipecahkan keseluruhannya (Seksyen 140(1)(a) KTN).
b. Tanah yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah oleh lebih daripada dua orang sebagai tuan punya bersama dipecah bahagikan supaya terletakhak kepada dua atau lebih orang untuk terus menjadi tuan punya bersama di bawah satu hakmilik berasingan; dan kepada tiap-tiap tuan punya bersama yang selebihnya, hakmilik (Seksyen 140(1)(b) KTN). Apabila hakmilik-hakmilik sementara didaftarkan berasingan untuk tiap-tiap umpukan, hakmilik yang sedia ada akan terbatal.
Senarai Dokumen
Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan :
Bil. | Maklumat/Dokumen | Mandatori |
---|---|---|
1 . | Carian Rasmi Hakmilik Terkini / Salinan Sah Hakmilik Beserta Salinan Pelan (dalam tempoh 3 bulan) | Ya |
2 . | Salinan Perlembagaan Pertubuhan/Persatuan/Perbadanan | Tidak |
3 . | Salinan Kad Pengenalan Pemilik | Ya |
4 . | Salinan Resit Cukai Tanah Tahun Semasa | Ya |
5 . | Dokumen Hakmilik Keluaran (DHKK) | Tidak |
6 . | Borang 9B | Ya |
7 . | Borang 24 Akta Syarikat | Tidak |
8 . | Borang 49 Akta Syarikat | Tidak |
9 . | Pelan Pra-Hitungan | Ya |
10 . | Surat pengesahan lantikan pegawai yang boleh menandatangani borang permohonan dan pelan | Tidak |
11 . | Salinan Surat Amanah (Trust Deed) | Tidak |
12 . | Salinan Surat Kuasa Wakil/PA Yang Telah Didaftarkan Di Pejabat Tanah (Jika Berkaitan) | Tidak |
13 . | Carian SSM | Tidak |
14 . | Surat Kebenaran Dari Pihak Berkepentingan - Pemegang Gadaian | Tidak |
15 . | Surat Kebenaran Dari Pihak Berkepentingan - Pemegang Lien | Tidak |
16 . | Surat Kebenaran Dari Pihak Berkepentingan - Pengkaveat | Tidak |
17 . | Surat Kebenaran Dari Pihak Berkepentingan - Pemegang Pajakan | Tidak |
18 . | Salinan Perintah Pembangunan / Surat Kelulusan dari JPRB (Sekiranya perintah pembangunan belum dikeluarkan) | Ya |
19 . | Salinan Memorandum of Association (M&A) | Tidak |
20 . | Gambar Tapak Semasa/Terkini Bersaiz 5R (Gambar menunjukkan berlainan sudut pandangan) | Ya |
21 . | Surat Lantikan Melalui Resolusi Syarikat | Tidak |
Fi
Maklumat ini merujuk Kaedah-Kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1995 (Kaedah 53) Bahagian Fee Pejabat.
Bil | Perkara | Fi (RM) |
---|---|---|
1. | Permohonan Pecah Bahagian Tanah | RM 100.00 |
Cara Memohon
Terdapat dua (2) cara bagi membuat permohonan di Pejabat Tanah iaitu :