Awam: Akaun Saya

Permohonan Pecah Sempadan Tanah

Maklumat Am

Pecah sempadan bermaksud:
a. Mana-mana tanah yang dipegang oleh dua orang atau lebih selaku pemilik bersama boleh dipecah sempadannya supaya tiap-tiap orang mempunyai sebahagian daripada tanah tersebut (Seksyen 135 KTN).
b. Apabila pecah sempadan, tiap-tiap seorang pemilik bersama akan mempunyai milik berasingan.
c. Bahagian tanah yang dipunyai itu akan mempunyai peratusan bahagian yang sama seperti yang dipunyai olehnya sebelum pecah sempadan dilakukan.
d. Perihal berkaitan dengan tanah telah diperuntukkan dalam seksyen 135 hingga 139 Kanun Tanah Negara 1965 (KTN).
Apabila hakmilik-hakmilik sementara didaftarkan untuk tiap-tiap umpukan, hakmilik yang sedia ada akan terbatal. Hakmilik baru menjadi hakmilik sambungan kepada yang terdahulu.

 
 

Senarai Dokumen

Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan :

Bil. Maklumat/Dokumen Mandatori
1 . Carian Rasmi Hakmilik Terkini / Salinan Sah Hakmilik Beserta Salinan Pelan (dalam tempoh 3 bulan) Ya
2 . Salinan Perlembagaan Pertubuhan/Persatuan/Perbadanan Tidak
3 . Salinan Kad Pengenalan Pemilik Ya
4 . Salinan Resit Cukai Tanah Tahun Semasa Ya
5 . Dokumen Hakmilik Keluaran (DHKK) Tidak
6 . Borang 9A Ya
7 . Borang 24 Akta Syarikat Tidak
8 . Borang 49 Akta Syarikat Tidak
9 . Pelan Pra-Hitungan Ya
10 . Surat pengesahan lantikan pegawai yang boleh menandatangani borang permohonan dan pelan Tidak
11 . Salinan Surat Amanah (Trust Deed) Tidak
12 . Salinan Surat Kuasa Wakil/PA Yang Telah Didaftarkan Di Pejabat Tanah (Jika Berkaitan) Tidak
13 . Carian SSM Tidak
14 . Surat Kebenaran Dari Pihak Berkepentingan - Pemegang Gadaian Tidak
15 . Surat Kebenaran Dari Pihak Berkepentingan - Pemegang Lien Tidak
16 . Surat Kebenaran Dari Pihak Berkepentingan - Pengkaveat Tidak
17 . Surat Kebenaran Dari Pihak Berkepentingan - Pemegang Pajakan Tidak
18 . Salinan Perintah Pembangunan / Surat Kelulusan dari JPRB (Sekiranya perintah pembangunan belum dikeluarkan) Ya
19 . Salinan Memorandum of Association (M&A) Tidak
20 . Gambar Tapak Semasa/Terkini Bersaiz 5R (Gambar menunjukkan berlainan sudut pandangan) Ya
21 . Surat Lantikan Melalui Resolusi Syarikat Tidak

 

 

Fi

Maklumat ini merujuk Kaedah-Kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1995 (Kaedah 53) Bahagian Fee Pejabat.

Bil Perkara Fi (RM)
1. Permohonan Pecah Sempadan Tanah RM 100.00

 

 

Cara Memohon

Terdapat dua (2) cara bagi membuat permohonan di Pejabat Tanah iaitu :

Permohonan Atas Talian

 

 
Permohonan di Kaunter Pejabat Tanah