Permohonan Pecah Sempadan, Tukar Kategori, Syarat Nyata dan Sekatan Serentak
Maklumat Am
Permohonan Pecah Sempadan dan Tukar Syarat Secara Serentak merupakan satu permohonan di mana pemilik berdaftar tanah memohon untuk pecah sempadan tanah dan menukar syarat kegunaan, sekatan, kategori tanah dari satu ke satu yang lain secara serentak.
Senarai Dokumen
Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan :
Bil. | Maklumat/Dokumen | Mandatori |
---|---|---|
1 . | Carian Rasmi Hakmilik Terkini / Salinan Sah Hakmilik Beserta Salinan Pelan (dalam tempoh 3 bulan) | Ya |
2 . | Salinan Perlembagaan Pertubuhan/Persatuan/Perbadanan | Tidak |
3 . | Resit Bayaran Cukai Tanah Semasa | Ya |
4 . | Dokumen Hakmilik Keluaran (DHKK) | Tidak |
5 . | Borang 7D | Ya |
6 . | Borang 24 Akta Syarikat | Tidak |
7 . | Borang 49 Akta Syarikat | Tidak |
8 . | Pelan Pra-Hitungan | Ya |
9 . | Surat Iringan OSC/Borang Pengemukaan Permohonan Pemajuan Ke OSC DBKL - OSC 3.0 | Ya |
10 . | Surat sokongan dari Kementerian Luar Negeri | Ya |
11 . | Surat pengesahan lantikan pegawai yang boleh menandatangani borang permohonan dan pelan | Tidak |
12 . | Salinan Surat Amanah (Trust Deed) | Tidak |
13 . | Salinan Surat Kuasa Wakil/PA Yang Telah Didaftarkan Di Pejabat Tanah (Jika Berkaitan) | Tidak |
14 . | Salinan Perintah Pembangunan/Kebenaran Merancang yang telah diluluskan | Ya |
15 . | Carian SSM | Tidak |
16 . | Surat Kebenaran Dari Pihak Berkepentingan - Pemegang Gadaian | Tidak |
17 . | Surat Kebenaran Dari Pihak Berkepentingan - Pemegang Lien | Tidak |
18 . | Surat Kebenaran Dari Pihak Berkepentingan - Pengkaveat | Tidak |
19 . | Surat Kebenaran Dari Pihak Berkepentingan - Pemegang Pajakan | Tidak |
20 . | Gambar Tapak | Ya |
21 . | Salinan Kad Pengenalan | Ya |
Fi
Maklumat ini merujuk Kaedah-Kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1995 (Kaedah 53) Bahagian Fee Pejabat.
Bil | Perkara | Fi (RM) |
---|---|---|
1. | Permohonan Pecah Sempadan, Tukar Kategori Penggunaan, Tukar Syarat, Tukar Sekatan Serentak | RM 300.00 |
Cara Memohon
Terdapat dua (2) cara bagi membuat permohonan di Pejabat Tanah iaitu :
Permohonan Atas Talian
Permohonan di Kaunter Pejabat Tanah