Permohonan Serah Balik Seluruh Tanah

Maklumat Am

Serah Balik Seluruh Tanah di bawah seksyen 197 Kanun Tanah Negara berlaku apabila tuan punya tanah menyerah keseluruhan tanah beliau secara sukarela dengan tujuan untuk maksud awam, keagamaan, pendidikan, kebajikan dan lain-lain. Dengan berlakunya penyerahan maka antara masalah-masalah yang dapat diselesaikan adalah masalah yang melibatkan pertikaian hakmilik dan isu ketidakseragaman syarat dan sekatan kepentingan tanah. Kesan dari penyerahan keseluruhan tanah ini maka dengan rasminya tanah tersebut menjadi hak kerajaan. Selain itu, dokumen hakmilik yang kembali kepada Pejabat Tanah (yang diserahkan oleh pemohon) akan dimusnahkan kerana dokumen tersebut sudah tidak akan diguna pakai lagi (seksyen 199(2)).



 
 

Senarai Dokumen

Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan :

Bil. Maklumat/Dokumen Mandatori
1 . Carian Rasmi Hakmilik Terkini / Salinan Sah Hakmilik Beserta Salinan Pelan (dalam tempoh 3 bulan) Ya
2 . Salinan Perlembagaan Pertubuhan/Persatuan/Perbadanan Tidak
3 . Salinan Kad Pengenalan Pemilik Ya
4 . Salinan Resit Cukai Tanah Tahun Semasa Ya
5 . Dokumen Hakmilik Keluaran (DHKK) Tidak
6 . Borang 12A Ya
7 . Borang 24 Akta Syarikat Tidak
8 . Borang 49 Akta Syarikat Tidak
9 . Pelan Tapak Ya
10 . Pelan Pra-Hitungan Ya
11 . Surat pengesahan lantikan pegawai yang boleh menandatangani borang permohonan dan pelan Tidak
12 . Salinan Surat Amanah (Trust Deed) Tidak
13 . Salinan Surat Kuasa Wakil/PA Yang Telah Didaftarkan Di Pejabat Tanah (Jika Berkaitan) Tidak
14 . Carian SSM Tidak
15 . Surat Kebenaran Dari Pihak Berkepentingan - Pemegang Gadaian Tidak
16 . Surat Kebenaran Dari Pihak Berkepentingan - Pemegang Lien Tidak
17 . Surat Kebenaran Dari Pihak Berkepentingan - Pengkaveat Tidak
18 . Surat Kebenaran Dari Pihak Berkepentingan - Pemegang Pajakan Tidak
19 . Salinan Memorandum of Association (M&A) Tidak
20 . Gambar Tapak Semasa/Terkini Bersaiz 5R (Gambar menunjukkan berlainan sudut pandangan) Ya
21 . Surat Lantikan Melalui Resolusi Syarikat Tidak

 

 

Fi

Maklumat ini merujuk Kaedah-Kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1995 (Kaedah 53) Bahagian Fee Pejabat.

Bil Perkara Fi (RM)
1. Permohonan Serah Seluruh Tanah RM 300.00

 

 

Cara Memohon

Terdapat dua (2) cara bagi membuat permohonan di Pejabat Tanah iaitu :

Permohonan Atas Talian

 

 
Permohonan di Kaunter Pejabat Tanah