Maklumat Am
Menurut Kanun Tanah Negara 1965 menetapkan bahawa penggunaan sesuatu tanah wajib mengikut syarat, sekatan kepentingan atau kategori tanah sepertimana yang tertakluk dan dinyatakan di dalam dokumen hakmilik. Ini kerana, dengan wujudnya syarat, sekatan kepentingan dan kategori tanah ke atas tanah tersebut Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dapat mengawal kegunaan tanah tersebut pada masa kini dan akan datang agar ia sejajar dengan perancangan pembangunan, infrastruktur, kepadatan penduduk, kesihatan awam dan sebagainya.
Seksyen 124 KTN 1965 menyatakan pemilik tanah perlu memohon kepada PBN untuk mengubah, membatalkan/menghapuskan, mengenakan kategori, syarat dan sekatan kepentingan yang lain daripada kegunaan tanah sekarang bagi memajukan tanah tersebut.
Senarai Dokumen
Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan :
Bil. | Maklumat/Dokumen | Mandatori |
---|---|---|
1 . | Carian Rasmi Hakmilik Terkini / Salinan Sah Hakmilik Beserta Salinan Pelan (dalam tempoh 3 bulan) | Ya |
2 . | Salinan Perlembagaan Pertubuhan/Persatuan/Perbadanan | Tidak |
3 . | Salinan Kad Pengenalan Pemilik | Ya |
4 . | Salinan Resit Cukai Tanah Tahun Semasa | Ya |
5 . | Dokumen Hakmilik Keluaran (DHKK) | Tidak |
6 . | Borang 24 Akta Syarikat | Tidak |
7 . | Borang 49 Akta Syarikat | Tidak |
8 . | Jadual 19 | Ya |
9 . | Pelan Tapak | Ya |
10 . | Pelan Pra-Hitungan | Ya |
11 . | Surat pengesahan lantikan pegawai yang boleh menandatangani borang permohonan dan pelan | Tidak |
12 . | Salinan Surat Amanah (Trust Deed) | Tidak |
13 . | Salinan Surat Kuasa Wakil/PA Yang Telah Didaftarkan Di Pejabat Tanah (Jika Berkaitan) | Tidak |
14 . | Carian SSM | Tidak |
15 . | Surat Kebenaran Dari Pihak Berkepentingan - Pemegang Gadaian | Tidak |
16 . | Surat Kebenaran Dari Pihak Berkepentingan - Pemegang Lien | Tidak |
17 . | Surat Kebenaran Dari Pihak Berkepentingan - Pengkaveat | Tidak |
18 . | Surat Kebenaran Dari Pihak Berkepentingan - Pemegang Pajakan | Tidak |
19 . | Salinan Perintah Pembangunan / Surat Kelulusan dari JPRB (Sekiranya perintah pembangunan belum dikeluarkan) | Ya |
20 . | Salinan Memorandum of Association (M&A) | Tidak |
21 . | Gambar Tapak Semasa/Terkini Bersaiz 5R (Gambar menunjukkan berlainan sudut pandangan) | Ya |
22 . | Surat Penyelarasan SiFUS dan Salinan Sijil (Jika Berkaitan) | Tidak |
23 . | Surat Pemakluman Menyelaras/Ubah Syarat daripada Bahagian Strata (Jika Berkaitan) | Tidak |
24 . | Surat Lantikan Melalui Resolusi Syarikat | Tidak |
Fi
Maklumat ini merujuk Kaedah-Kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1995 (Kaedah 53) Bahagian Fee Pejabat.
Bil | Perkara | Fi (RM) |
---|---|---|
1. | Permohonan Tukar Syarat, Sekatan atau Kategori Tanah | RM 150.00 |
Cara Memohon
Terdapat dua (2) cara bagi membuat permohonan di Pejabat Tanah iaitu :