Maklumat Am
a. Dua atau lebih lot tanah milik yang berdampingan yang dipegang di bawah hakmilik tetap yang berasingan oleh orang atau badan yang sama disatukan menjadi satu dan dipegang olehnya atau badan itu dalam satu hakmilik.
b. Mana-mana dua atau lebih lot diterima sebagai berdampingan jika setiap satu darinya berkongsi satu sempadan yang sama dengan satu lagi (Seksyen 146(3) KTN).
c. Lot–lot itu terletak dalam Bandar, pekan atau mukim yang sama (Seksyen 146(1) KTN).
d. Lot–lot tidak boleh disatukan jika sekiranya sebahagian darinya dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftar dan sebahagian lagi dipegang di bawah hakmilik Pejabat Tanah melainkan dengan kelulusan PBN.
e. Apabila hakmilik-hakmilik sementara didaftarkan untuk tiap-tiap umpukan, hakmilik yang sedia ada akan terbatal. Hakmilik baru akan menjadi hakmilik sambungan kepada yang terdahulu.
Senarai Dokumen
Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan :
Bil. | Maklumat/Dokumen | Mandatori |
---|---|---|
1 . | Carian Rasmi Hakmilik Terkini / Salinan Sah Hakmilik Beserta Salinan Pelan (dalam tempoh 3 bulan) | Ya |
2 . | Salinan Perlembagaan Pertubuhan/Persatuan/Perbadanan | Tidak |
3 . | Salinan Kad Pengenalan Pemilik | Ya |
4 . | Salinan Resit Cukai Tanah Tahun Semasa | Ya |
5 . | Dokumen Hakmilik Keluaran (DHKK) | Tidak |
6 . | Borang 9C | Ya |
7 . | Borang 24 Akta Syarikat | Tidak |
8 . | Borang 49 Akta Syarikat | Tidak |
9 . | Pelan Pra-Hitungan | Ya |
10 . | Surat pengesahan lantikan pegawai yang boleh menandatangani borang permohonan dan pelan | Tidak |
11 . | Salinan Surat Amanah (Trust Deed) | Tidak |
12 . | Salinan Surat Kuasa Wakil/PA Yang Telah Didaftarkan Di Pejabat Tanah (Jika Berkaitan) | Tidak |
13 . | Carian SSM | Tidak |
14 . | Surat Kebenaran Dari Pihak Berkepentingan - Pemegang Gadaian | Tidak |
15 . | Surat Kebenaran Dari Pihak Berkepentingan - Pemegang Lien | Tidak |
16 . | Surat Kebenaran Dari Pihak Berkepentingan - Pengkaveat | Tidak |
17 . | Surat Kebenaran Dari Pihak Berkepentingan - Pemegang Pajakan | Tidak |
18 . | Salinan Perintah Pembangunan / Surat Kelulusan dari JPRB (Sekiranya perintah pembangunan belum dikeluarkan) | Ya |
19 . | Salinan Memorandum of Association (M&A) | Tidak |
20 . | Gambar Tapak Semasa/Terkini Bersaiz 5R (Gambar menunjukkan berlainan sudut pandangan) | Ya |
21 . | Surat Lantikan Melalui Resolusi Syarikat | Tidak |
Fi
Maklumat ini merujuk Kaedah-Kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1995 (Kaedah 53) Bahagian Fee Pejabat.
Bil | Perkara | Fi (RM) |
---|---|---|
1. | Permohonan Penyatuan Tanah | RM 300.00 |
Cara Memohon
Terdapat dua (2) cara bagi membuat permohonan di Pejabat Tanah iaitu :