Kebenaran Serah Balik

Maklumat Am

Kebenaran Serah Balik (SBKBG) merupakan satu urusan di bawah perserahan Nota(N) yang bertujuan untuk membuat pengendorsan di dalam dokumen hakmilik daftar (DHD) berkenaan kebenaran dan keizinan serahbalik daripada pemegang gadaian bagi permohonan di bawah seksyen 204D Kanun Tanah Negara. Pentadbir Tanah membuat pengendorsan jika tanah itu dipegang di bawah hakmilik Pejabat Tanah dan jika hakmilik Pejabat Pendaftar, pengendorsan itu hendaklah dibuat oleh Pendaftar.

 
 

Senarai Dokumen

Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan :

No Maklumat/Dokumen Deskripsi Mandatori
1 . Dokumen Hakmilik Keluaran (DHKK) - Tidak
2 . Fail Permohonan - Ya

 

 

Fi

Maklumat ini merujuk Kaedah-Kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1995 (Kaedah 53) Bahagian Fee Pejabat.

Bil Perkara Fi (RM)
1. Tiada Fi RM 0.00

 

 

Cara Memohon

Terdapat dua (2) cara bagi membuat permohonan di Pejabat Tanah iaitu :

Permohonan di Kaunter Pejabat Tanah