Kelulusan Serahbalik Seluruh Tanah
Maklumat Am
Kelulusan Serahbalik Seluruh Tanah (SBTL) merupakan satu urusan di bawah perserahan Nota (N) yang bertujuan untuk membuat pengendorsan selepas pemohon memberitahu persetujuannya terhadap syarat-syarat kelulusan bagi permohonan di bawah seksyen 198 (4) Kanun Tanah Negara (KTN). Pentadbir Tanah membuat pengendorsan jika tanah itu dipegang di bawah hakmilik Pejabat Tanah dan jika hakmilik Pejabat Pendaftar, pengendorsan itu hendaklah dibuat oleh Pendaftar.
Senarai Dokumen
Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan :
No | Maklumat/Dokumen | Deskripsi | Mandatori |
---|---|---|---|
1 . | Dokumen Hakmilik Keluaran (DHKK) | - | Tidak |
2 . | Fail Permohonan | - | Ya |
Fi
Maklumat ini merujuk Kaedah-Kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1995 (Kaedah 53) Bahagian Fee Pejabat.
Bil | Perkara | Fi (RM) |
---|---|---|
1. | Tiada Fi | RM 0.00 |
Cara Memohon
Terdapat dua (2) cara bagi membuat permohonan di Pejabat Tanah iaitu :
Permohonan di Kaunter Pejabat Tanah