Permohonan Pengeluaran Permit Bahan Batuan

Maklumat Am

Kesalahan di bawah Seksyen 425 KTN merujuk kepada mana - mana orang tanpa kuasa yang sah menduduki, mendirikan bangunan, membersih, mengali, mengepong, menanam, memotong atau mengalihkan apa-apa kayuan dari mana-mana tanah kerajaan, tanah rizab atau tanah lombong. Tanah kerajaan termasuklah semua tanah yang dipegang oleh atau bagi Pihak Kerajaan Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan atau Pihak Berkuasa Berkanun yang menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh undang-undang Persekutuan atau Negeri.

 
 

Senarai Dokumen

Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan :

No Maklumat/Dokumen Deskripsi Mandatori
1 . Salinan Kad Pengenalan (sekiranya pemohon adalah Perseorangan) - Ya
2 . Surat Rasmi dan Kenyataan Mengenai Projek - Ya
3 . Borang Jadual 4 dan Borang 3B Yang Sudah Lengkah Di Isi dan Ditandatangani - Ya
4 . Pelan Asal (Pejabat Tanah) Berserta 2 Salinan Pelan Menunjukkan Kedudukan Tanah (Bertanda Pen Merah)(dalam format .tiff, .png dan .jpeg sahaja) - Ya
5 . (Earthwork Plan) Pelan Kerja Tanah - Tidak
6 . Bill Of Quantity (BQ) atau Surat Pengesahan Kuantiti Sebenar Bahan Batuan / Yang Akan Dikeluarkan dan Disahkan Oleh Arkitek Perunding / Jurutera Perunding Projek / Pengurus Projek - Ya
7 . Salinan Hakmilik (Sekiranya Tapak Bagi Kerja Tanah Merupakan Tanah Milik) - Tidak
8 . Undang-Undang Syarikat/Pertubuhan Serta Salinan Sah Sijil Pendaftaran Syarikat/Pertubuhan (Sekiranya Pemohon Adalah Syarikat/Pertubuhan) - Ya
9 . Surat Persetujuan Pemilik Tanah atau Pemegang Rizab (sekiranya tapak merupakan Tanah Milik atau Tanah Rizab) - Tidak

 

 

Fi

Maklumat ini merujuk Kaedah-Kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1995 (Kaedah 53) Bahagian Fee Pejabat.

Bil Perkara Fi (RM)
1. Permit Bahan Batuan RM 100.00

 

 

Cara Memohon

Terdapat dua (2) cara bagi membuat permohonan di Pejabat Tanah iaitu :

Permohonan Atas Talian

 

 
Permohonan di Kaunter Pejabat Tanah