Awam: Akaun Saya
Permohonan Penangguhan/Pembatalan Perintah Jualan

Urusan ini bertujuan untuk memproses permohonan bagi penangguhan atau pembatalan perintah jualan oleh pemegang gadaian ke atas tanah gadaian / pajakan penggadai selepas borang 16H dikeluarkan dan sebelum lelongan awam.

 
 

Senarai Dokumen

Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan :

No Maklumat/Dokumen Deskripsi Mandatori
1 . Borang 16O - Permohonan Untuk Penangguhan atau Pembatalan Suatu Perintah Jualan Melalui Lelongan Awam - Ya
2 . Suratkuasa Wakil Daftar - Tidak

 

 

Fi

Maklumat ini merujuk Kaedah-Kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1995 (Kaedah 53) Bahagian Fee Pejabat.

Bil Perkara Fi (RM)
1. Permohonan Penangguhan/Pembatalan Perintah Jualan RM 300.00

 

 

Cara Memohon

Terdapat dua (2) cara bagi membuat permohonan di Pejabat Tanah iaitu :

Permohonan Atas Talian

 

 

 
Permohonan di Kaunter Pejabat Tanah