Permohonan Permit Ruang Udara

Maklumat Am

Permohonan yang dibuat dengan kelulusan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk pengeluaran sesuatu permit bagi tempoh tidak melebihi dua puluh satu tahun bagi maksud membina, menyelenggara dan menempatkan suatu struktur di atas tanah Kerajaan atau tanah rizab

 
 

Senarai Dokumen

Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan :

No Maklumat/Dokumen Deskripsi Mandatori
1 . Salinan Borang 24 Akta Syarikat 1965 - Ya
2 . Salinan Borang 49 Akta Syarikat 1965 - Ya
3 . Salinan Resit Cukai Tanah Tahun Semasa - Ya
4 . Pelan Asal Pejabat Tanah Beserta 2 Salinan Pelan Menunjukkan Kedudukan Tanah -Bertanda Pen Merah (dalam format jpeg, png,tiff sahaja) - Ya
5 . Surat Akuan - Tidak
6 . Salinan Hakmilik (Sekiranya Tapak Bagi Kerja Tanah Merupakan Tanah Milik) - Tidak
7 . Salinan Memorandum of Association (M&A) - Tidak
8 . Borang Jadual 5 - Ya
9 . Borang Pertanyaan - Ya
10 . Pelan Cadangan Beserta Gambar Tapak yang Dipohon - Ya
11 . Surat Persetujuan Pemilik Tanah atau Pemegang Rizab (sekiranya tapak merupakan Tanah Milik atau Tanah Rizab) - Tidak
12 . Gambar Tapak - Ya
13 . Justifikasi/Ulasan Permohonan - Ya
14 . Borang 9 Perakuan Perbadanan Syarikat Sendirian - Ya

 

 

Fi

Maklumat ini merujuk Kaedah-Kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1995 (Kaedah 53) Bahagian Fee Pejabat.

Bil Perkara Fi (RM)
1. Permohonan Permit Ruang Udara RM 100.00

 

 

Cara Memohon

Terdapat dua (2) cara bagi membuat permohonan di Pejabat Tanah iaitu :

Permohonan Atas Talian

 

 
Permohonan di Kaunter Pejabat Tanah