Permohonan Serahbalik Berimilik Semula

Maklumat Am

Tuanpunya mana-mana tanah berimilik, boleh, dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri untuk menyerah balik tanah berimilik tersebut kepada Pihak Berkuasa Negeri dan serta merta memohon untuk pemberimilikan semula tapak yang sama untuk tujuan lanjut tempoh pajakan dan untuk tujuan pembangunan

 
 

Senarai Dokumen

Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan :

No Maklumat/Dokumen Deskripsi Mandatori
1 . Salinan Borang 24 Akta Syarikat 1965 - Ya
2 . Salinan Borang 49 Akta Syarikat 1965 - Ya
3 . Memorandum & Article of Association (MAA) - Ya
4 . Borang Jadual 1 - Ya
5 . Pelan Asal Pejabat Tanah Beserta 2 Salinan Pelan Menunjukkan Kedudukan Tanah -Bertanda Pen Merah (dalam format jpeg, png,tiff sahaja) - Ya
6 . Surat Akuan - Tidak
7 . Borang 9 Perakuan Pemerbadanan Syarikat Sendirian - Ya
8 . Borang Pertanyaan - Ya
9 . Borang 12A (menggunakan pen dakwat basah warna hitam dan ditemeterai dengan cop mohor syarikat (Common Seal) beserta bayaran RM300 - Ya
10 . Gambar Tapak - Ya
11 . Justifikasi/Ulasan Permohonan - Ya
12 . Salinan Kad Pengenalan - Ya
13 . Salinan Carian Rasmi Hakmilik (RM50.00) - Ya
14 . Suratan Hakmilik Asal - Ya
15 . Salinan Resit Cukai Tanah Bagi Tahun Terakhir - Ya

 

 

Fi

Maklumat ini merujuk Kaedah-Kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1995 (Kaedah 53) Bahagian Fee Pejabat.

Bil Perkara Fi (RM)
1. Penyerahan Balik Pemberimilikan Semula RM 100.00

 

 

Cara Memohon

Terdapat dua (2) cara bagi membuat permohonan di Pejabat Tanah iaitu :

Permohonan Atas Talian

 

 
Permohonan di Kaunter Pejabat Tanah