Permohonan Pemberimilikan
Maklumat Am
Pemberimilikan merupakan suatu urusan bagi melupuskan tanah Kerajaan oleh Pihak Berkuasa Negeri - untuk suatu tempoh yang tidak melebihi dari sembilan puluh sembilan tahun; atau buat selama-lamanya; sebagai balasan pembayaran sewa tahunan; sebagai balasan pembayan premium; tertakluk kepada kategori penggunaan tanah; syarat dan sekatan kepentingan
Senarai Dokumen
Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan :
| No | Maklumat/Dokumen | Deskripsi | Mandatori | 
|---|---|---|---|
| 1 . | Salinan Borang 24 Akta Syarikat 1965 | - | Ya | 
| 2 . | Salinan Borang 49 Akta Syarikat 1965 | - | Ya | 
| 3 . | Memorandum & Article of Association (MAA) | - | Ya | 
| 4 . | Salinan Kad Pengenalan Individu | - | Ya | 
| 5 . | Borang Jadual 1 | - | Ya | 
| 6 . | Pelan Asal Pejabat Tanah Beserta 2 Salinan Pelan Menunjukkan Kedudukan Tanah -Bertanda Pen Merah (dalam format jpeg, png,tiff sahaja) | - | Ya | 
| 7 . | Surat Akuan | - | Tidak | 
| 8 . | Borang 9 Perakuan Pemerbadanan Syarikat Sendirian | - | Ya | 
| 9 . | Borang Pertanyaan | - | Ya | 
| 10 . | Gambar Tapak | - | Ya | 
| 11 . | Justifikasi/Ulasan Permohonan | - | Ya | 
Fi
Maklumat ini merujuk Kaedah-Kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1995 (Kaedah 53) Bahagian Fee Pejabat.
| Bil | Perkara | Fi (RM) | 
|---|---|---|
| 1. | Permohonan Pemberimilikan Jadual 1 | RM 100.00 | 
Cara Memohon
Terdapat dua (2) cara bagi membuat permohonan di Pejabat Tanah iaitu :
Permohonan Atas Talian

Permohonan di Kaunter Pejabat Tanah
 
