Permohonan Pindaan Sijil Formula Unit Syer

Maklumat Am

Urusan untuk memohon pengeluaran sijil formula unit syer yang baru disebabkan berlakunya pindaan daripada permohonan asal SiFUS

 
 

Senarai Dokumen

Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan :

No Maklumat/Dokumen Deskripsi Mandatori
1 . Jadual Maklumat Formula Unit Syer dan justifikasi pemilihan formula tersebut - Ya
2 . Salinan Pindaan Perintah Pembangunan (DO)/ Kelulusan Perancangan Yang Telah Diperolehi - Tidak
3 . Dokumen Perkiraan Unit Syer (Softcopy Excel Spreadsheet) - Ya
4 . Salinan Jadual Petak Yang Diperakui Oleh JTB Dan Arkitek/Jurutera - Tidak
5 . Salinan Resit Bayaran Deposit Upah Ukur - Ya
6 . Salinan Pindaan Pelan Bangunan - Tidak
7 . Sijil Formula Unit Syer (Sijil Asal) - Ya
8 . Surat Permohonan Pindaan SiFUS / Jadual Petak - Ya
9 . Surat Akuan Berkanun pemilik tanah/pemaju (jika skim belum dijual/persetujuan semua pembeli-pembeli jika skim telah dijual) - Ya
10 . Surat kelulusan permohonan pembangunan tanah (serahbalik dan berimilik semula, cantuman dan lain-lain) - Tidak

 

 

Fi

Maklumat ini merujuk Kaedah-Kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1995 (Kaedah 53) Bahagian Fee Pejabat.

Bil Perkara Fi (RM)
1. Permohonan Pindaan Sijil Formula Unit Syer RM 1000.00

 

 

Cara Memohon

Terdapat dua (2) cara bagi membuat permohonan di Pejabat Tanah iaitu :

Permohonan Atas Talian

 

 
Permohonan di Kaunter Pejabat Tanah