| Adalah dimaklumkan bahawa Sistem e-Tanah akan mula beroperasi di PPTG WPKL bermula 19 Jun 2017. Antara kemudahan yang akan diperkenalkan dengan penggunaan sistem e-Tanah adalah pengenalan kepada Portal Awam. Portal ini menyediakan kemudahan secara elektronik seperti: Untuk menikmati kemudahan ini, pengguna perlu mempunyai ID Pengguna untuk mengakses Portal Awam e-Tanah. Oleh itu, Firma Guaman yang sudah berdaftar dengan pejabat ini perlu mengisi BORANG KEPERLUAN ID PENGGUNA FIRMA GUAMAN yang disediakan dan mengemukakan borang yang telah lengkap kepada etanahklsupport@ptgwp.gov.my. Maklumat nama firma, alamat emel dan kod firma wajib diisi. Satu email notifikasi akan dihantar kepada pengguna untuk memaklumkan tentang ID Pengguna dan Kata Laluan. Pengguna boleh menggunakan Portal Awam e-Tanah iaitu di www.ptgwp.gov.my dengan menggunakan ID Pengguna yang dikemukakan. |




