Majlis Perhimpunan PPTG WP Bil 1/2017
Majlis Perhimpunan PPTG WP Bil 1/2017 telah diadakan pada 6 April 2017 (Khamis) di Dewan Serbaguna, Aras 4, Rumah Persekutuan Kuala Lumpur :
Perhimpunan ini adalah yang pertama bagi tahun 2017 dan Tuan Pengarah akan memberikan ucapan dan amanat awal tahun beliau. Selain itu, pihak pengurusan telah mengiktiraf dan memberikan penghargaan kepada staf PPTG WP yang SIFAR(0) kehadiran lewat ke pejabat dan SIFAR(0) pengambilan cuti sakit sepanjang tahun 2016. Seramai 48 orang staf telah menerima sijil penghargaan bagi SIFAR(0) kehadiran lewat dan 65 orang staf bagi SIFAR(0) pengambilan cuti sakit. Seramai 24 orang staf yang telah dipilih untuk menerima Sijil Penghargaan bagi Anugerah Pekerja Contoh Bulan Januari hingga Mac 2017 dalam perhimpunan ini. Tahniah kepada semua penerima sijil penghargaan.
Gambar Pilihan:
| |
| |
|