MAKLUMAN BERKAITAN PESERAHAN URUSNIAGA SELARAS PENUTUPAN KAUNTER PPTGWPKL SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP 2.0)
Tarikh Kemaskini: Jum, 15 Jan 2021
-
Dimaklumkan bahawa kaunter Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0).
-
Oleh tu, perkara-perkara berikut dikuatkuasakan sepanjang tempoh penutupan kaunter semasa PKP 2.0:
-
Pengecualian denda lewat bagi perserahan urusniaga yang tamat semasa PKP. Kelonggaran untuk mengemukakan perserahan urusniaga ialah dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh akhir perserahan.
-
Pengecualian denda lewat bagi kutipan hakmilik yang tamat semasa PKP. Kelonggaran untuk membuat kutipan hakmilik ialah dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh akhir yang ditetapkan.
-
Surat Kebenaran Pindahmilik/Gadaian/Pajakan yang tamat tempoh semasa PKP diberi lanjutan masa selama satu (1) bulan dari tarikh tamat tempoh surat tersebut.
-
Semua siasatan lelongan awam dan hakmilik hilang yang telah ditetapkan semasa PKP ditangguhkan dan pejabat ini akan mengeluarkan surat baharu setelah PKP tamat.
-
Pentadbiran ini turut ingin memaklumkan bahawa semua operasi secara online yang melibatkan Carian Persendirian, Carian Rasmi, Permohonan Kebenaran Pindahmilik dan bayaran-bayaran Cukai Tanah dan Cukai Petak masih berjalan seperti biasa dan boleh dilaksanakan melalui gerbang Portal Awam e-Tanah WPKL.
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
13 Januari 2021








