1. Bolehkah Borang Suratcara diisi dengan menggunakan dakwat biru atau pen mata bulat?
    Borang Suratcara hanya boleh dilengkapkan dengan menggunakan dakwat hitam atau bertaip.
  2. Perlukah bahagian penyaksian disempurnakan sekiranya cop mohor diturunkan?
    Ruangan penyaksian tidak perlu dilengkapkan sekiranya terdapat cop mohor syarikat pada borang suratcara.
  3. Bolehkah perubahan dibuat pada borang suratcara?
    Perubahan boleh dibuat pada borang suratcara dengan syarat semua perubahan perlu ditandatangan ringkas.
  4. Bagi gadaian oleh warganegara asing, perlukah mendapat kebenaran terlebih dahulu oleh JKKTWPKL dan FIC?
    Kebenaran oleh JKKTWPKL dan FIC tidak perlu dipohon kecuali bagi urusan pindahmilik.
  5. Bagi Tanah Rizab Melayu, bolehkah penyaksian dibuat oleh peguambela atau peguamcara?
    Penyaksian bagi hakmilik rizab melayu hanya boleh disempurnakan oleh Pentadbir Tanah sahaja.
  6. Bolehkah Pejabat Tanah menerima perserahan yang tidak lengkap?
    Perserahan yang tidak lengkap boleh diterima, namun pendaftaran hanya boleh disempurnakan setelah dokumen yang tertinggal diterima.
  7. Siapakah yang boleh atau layak untuk membuat permohonan memotong kaveat?
    Hanya pemilik atau pihak berkepentingan yang berdaftar sahaja yang boleh membuat permohonan.
  8. Bagaimanakah cara permohonan pemotongan kaveat dibuat?
    Permohonan boleh dibuat melalui Seksyen 326 Kanun Tanah Negara atau Perintah Mahkamah Seksyen 327 KTN.
  9. Bolehkah urusniaga dilaksanakan sekiranya cukai tanah tahun semasa belum dijelaskan?
    Cukai tanah perlu dijelaskan terlebih dahulu sebelum urusniaga dilaksanakan.
  10. Bolehkah segala urusan di Unit Pendaftaran dibayar menggunakan cek?
    Bayaran hanya boleh dibuat melalui bank draf, wang pos, kiriman wang atau wang tunai.
  11. Bagaimanakah cara mengisi Borang 14A (Borang Pindahmilik)?
    Setiap urusniaga hendaklah menggunakan borang yang ditetapkan dan mematuhi Seksyen 43 serta Jadual 10 KTN. Suratcara perlu ditandatangani dan diakusaksikan, distemkan secukupnya mengikut Akta Setem 1949, serta diserahkan ke Pejabat Tanah bersama dokumen iringan dan bayaran berkaitan.
  12. Apakah yang dimaksudkan dengan Kaveat Persendirian dan cara mengisi Borang 19B?
    Kaveat ialah larangan terhadap urusniaga untuk melindungi kepentingan tertentu. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang 19B, diisi lengkap, diakusaksikan, disertakan bayaran dan Surat Akuan Sumpah.
  13. Apakah yang perlu dilakukan apabila hakmilik hilang?
    Pihak berkepentingan perlu membuat surat permohonan dan Surat Akuan Sumpah kehilangan hakmilik yang menyatakan butiran tanah. Bayaran RM120.00 dikenakan bagi setiap hakmilik.