Perhimpunan Bulanan JPM Bersama YBHG. TKSUK JPM Bil.2/2017
Perhimpunan Bulanan Bersama YBhg. Tan Sri TKSUK JPM telah diadakan pada 22 Februari 2017 (Rabu) bermula jam 8.00 pagi bertempat di Auditorium JPM, Putrajaya.
Perhimpunan pada kali ini adalah anjuran Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim Malaysia, JPM. Seramai 66 orang staf PPTG WP termasuk AJK serta Urus Setia majlis dijemput hadir ke perhimpunan bulanan ini. Seramai 3 orang staf PPTG WP yang telah menerima surat kenaikan pangkat iaitu Puan Salina bt Jhaya dari Gred W19 ke W22(TBBK), Puan Marlini bt Musa dari Gred W19 ke W22(TBBK) dan Encik Benedict Leo a/l Leo dari Gred W19 ke W22(TBBK). Tahniah atas kenaikan pangkat. Selain itu, Puan Nurazreen bt Azmi telah memenangi tempat pertama dalam cabutan bertuah yang telah diadakan selepas perhimpunan tersebut.
Gambar Pilihan:
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() |