image

Soalan Lazim (FAQ)

UMUM

1. Apakah Sistem e-Tanah?

Sistem e-Tanah merupakan satu aplikasi kerajaan Elektronik (e-Government) yang dibangunkan secara bersepadu oleh Kerajaan Pusat. Sistem e-Tanah melibatkan satu sistem yang komprehensif yang menyatukan dan mendigitalkan proses perniagaan yang melibatkan orang awam dan kakitangan pejabat tanah sendiri dengan penggunaan satu sistem.

Matlamat dan objektif e-Tanah adalah untuk membangunkan dan mendigitalkan sistem pentadbiran tanah elektronik (Jadual 16 Kanun Tanah Negara 1965) dan sistem hakmilik strata elektronik (Jadual 6 Akta Hakmilik Strata 1985) pentadbiran tanah negeri dengan lebih efektif, telus dan berintegriti.

2. Bilakah Sistem e-Tanah mula beroperasi di Wilayah Persekutuan?

Sistem e-Tanah telah dimulakan secara perintis di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Jun 2017, diikuti oleh Putrajaya dan Labuan pada Oktober 2021.

3. Apakah urusan yang boleh dilakukan di Portal Awam Sistem e-Tanah secara atas talian?

Pelanggan boleh menikmati kemudahan seperti berikut:

  1. e-Carian - Para pengguna tidak lagi perlu ke kaunter untuk membuat Carian Persendirian, sebaliknya mendapatkan hasil carian persendirian hakmilik tanah dan strata secara atas talian di Portal Awam.
  2. e-Semakan - Mengetahui status permohonan/urusan yang telah dibuat atau dimohon melalui atas talian Portal Awam, status urusan yang sedang diproses, telah selesai atau perlu membuat kutipan di kaunter pejabat tanah.
  3. e-Bayaran - Para pengguna boleh menyemak dan membayar secara atas talian. Penyata cukai tanah juga boleh dijana melalui Portal Awam.
  4. Permohonan atas talian - Pengguna boleh membuat pelbagai permohonan secara atas talian mengikut urusan tertentu, walau bagaimanapun aktiviti perserahan dokumen secara fizikal bagi beberapa urusan masih dipraktikkan di kaunter-kaunter pejabat tanah.

4. Apakah lagi perkhidmatan yang disediakan melalui Sistem e-Tanah?

  1. Kiosk awam e-Tanah telah diwujudkan dan disediakan di setiap pejabat tanah bagi memudahkan pengguna membuat segala urusan permohonan, bayaran cukai dan semakan secara dalam talian (online) tanpa perlu beratur di kaunter.
  2. Single Point of Contact (SPOC) merupakan satu kemudahan kepada para pelanggan untuk membuat pelbagai urusan di kaunter yang sama berbanding sebelum ini di mana beberapa urusan dilaksanakan di kaunter yang berasingan.

5. Apakah itu perkhidmatan e2e dalam Sistem e-Tanah?

End-to-end (e2e) merupakan perkhidmatan yang dilaksanakan secara atas talian sepenuhnya. Melalui kemudahan ini, pelanggan/orang awam tidak lagi perlu hadir ke Pejabat Tanah untuk melakukan sesuatu urusan.

6. Apakah jenis urusan yang boleh dibuat secara e2e?

Antara urusan yang dibuat secara e2e adalah seperti berikut:

Kuala Lumpur

PENDAFTARAN

  1. GD - Gadaian Menjamin Wang Pokok
  2. GDL - Melepaskan Gadaian
  3. HDHK - Permohonan Dokumen Hakmilik Keluaran Hilang / Rosak Di Bawah Seksyen 166(1)D
  4. KVSTB - Tarik Balik Kaveat Persendirian
  5. PCR - Permohonan Carian Rasmi
  6. PHMM - Perletakhakan Oleh Mahkamah
  7. PMT - Pindahmilik Tanah
  8. SSDOK - Salinan Sah Dokumen
  9. SSHM - Salinan Sah Hakmilik
  10. SSSA - Salinan Sah Surat Amanah
  11. SSSC - Salinan Sah Suratcara/Borang
  12. SSSW - Salinan Sah Suratkuasa Wakil
  13. TN - Tukar Nama

CONSENT

  1. KGD(S) - Kebenaran Gadaian Strata
  2. KGD(T) - Kebenaran Gadaian Tanah
  3. KLT - Kebenaran Lanjut Tempoh
  4. KPJK - Kebenaran Pajakan
  5. KPJK(P) - Kebenaran Pindahmilik Pajakan
  6. KPM(S) - Kebenaran Pindahmilik Strata
  7. KPM(T) - Kebenaran Pindahmilik Tanah
  8. KPMGD(S) - Kebenaran Pindahmilik dan Gadaian Strata
  9. KPMGD(T) - Kebenaran Pindahmilik dan Gadaian Tanah
  10. KPMJ - Kebenaran Pukal
  11. KR1 - Kebenaran Rayuan
  12. KWA - Kebenaran Perolehan Tanah oleh Warga Asing
  13. KWAL - Kebenaran Membida Tanah oleh Warga Asing
  14. KWAP - Kebenaran Perolehan Tanah Kerajaan oleh Warga Asing (Pelupusan)

STRATA

  1. PGSP - Permohonan Penggantian Sijil dan Permit
  2. PMMP6 - Permohonan Untuk Memecah Petak
  3. PMMP7 - Permohonan Untuk Menyatukan Petak
  4. PPBB - Permohonan Pecah Bahagi Bangunan atau Bangunan dan Tanah atau Tanah (Borang 1)
  5. PPBKR - Permohonan Pengkelasan Bangunan Kos Rendah
  6. PPHSYB - Permohonan Untuk Pengeluaran Hakmilik Strata Yang Berasingan Berkenaan Dengan Hakmilik Strata Sementara
  7. PPLRUS - Permohonanan Menyerah Hak Permit Ruang Udara Strata
  8. PPPP - Permohonan Perakuan Perbadanan Pengurusan
  9. PPRUS - Permohonan Permit Ruang Udara Strata
  10. PSIFUS - Permohonan Pindaan Sijil Formula Unit Syer
  11. PSS - Penamatan Skim Strata
  12. PTHS1 - Permohonan Perlanjutan Tempoh Memohon Hakmilik Strata (Borang 1)
  13. PTHS5 - Permohonan Perlanjutan Tempoh Memohon Hakmilik Strata Sementara (Borang 5)
  14. SIFUS - Permohonan Sijil Formula Unit Syer

LELONG

  1. PPJ - Permohonan Perintah Jualan
  2. PPLBL - Permohonan Menjadi Pelelong Berlesen di Pejabat Tanah
  3. PPP - Permohonan Pendaftaran Pembida
  4. PTBPJ - Permohonan Penangguhan/Pembatalan Perintah Jualan
  5. PTPLBL - Permohonan Tuntutan Pelelong Berlesen

PELUPUSAN

  1. BPRZ - Permohonan Pembatalan Perizaban
  2. HLPA - Permohonan Hak Lalu Lalang Pentadbir Tanah Awam/Persendirian
  3. MLMS - Membaharui Lesen Pendudukan Sementara
  4. PLMS - Permohonan Lesen Pendudukan Sementara
  5. PLTP - Permohonan Lanjut Tempoh Pegangan (Seksyen 90A)
  6. PPJK - Permohonan Pajakan Tanah Perizaban
  7. PRU - Permohonan Permit Ruang Udara
  8. PRZ - Permohonan Perizaban
  9. PSBS - Permohonan Serahbalik Berimilik Semula
  10. PT - Permohonan Pemberimilikan
  11. RAYUAN - Permohonan Rayuan Kelulusan Kerajaan & PTG

PEMBANGUNAN

  1. PPB - Permohonan Pecah Bahagian Tanah - S142 KTN
  2. PPS - Permohonan Pecah Sempadan Tanah - S137 KTN
  3. PPSS - Permohonan Pecah Sempadan, Tukar Kategori, Syarat Nyata dan Sekatan Serentak - S124A KTN
  4. PSBB - Permohonan Serah Balik dan Berimilik Semula Tanah - S204D KTN
  5. PSST - Permohonan Serah Balik Sebahagian Tanah - S200 KTN
  6. PST - Permohonan Serah Balik Seluruh Tanah - S197 KTN
  7. PTS - Permohonan Tukar Syarat, Sekatan atau Kategori Tanah - S124 KTN
  8. PYT - Permohonan Penyatuan Tanah - S148 KTN
  9. Rayuan Keputusan Kerajaan / Rayuan Melanjutkan Tempoh Bayaran Premium

PENGUATKUASAAN

  1. 70KTN - Permohonan Pengeluaran Permit Bahan Batuan
  2. ADUAN - Penerimaan Aduan
  3. TDEPO70 - Permohonan Tuntutan Deposit Permit Bahan Batuan

PENGAMBILAN

  1. 70KTN - Permohonan Pengeluaran Permit Bahan Batuan
  2. ADUAN - Penerimaan Aduan
  3. TDEPO70 - Permohonan Tuntutan Deposit Permit Bahan Batuan

HASIL

  1. PPAB - Permohonan Pertukaran Alamat Bil

PELAN

  1. SPP - Sistem Pembelian Pelan

PUTRAJAYA DAN LABUAN

PENDAFTARAN

  1. GD - Gadaian Menjamin Wang Pokok
  2. GDL - Melepaskan Gadaian
  3. KVSTB - Tarik Balik Kaveat Persendirian
  4. PCR - Permohonan Carian Rasmi
  5. PHMM - Perletakhakan Oleh Mahkamah
  6. PMT - Pindahmilik Tanah
  7. SSDOK - Salinan Sah Dokumen
  8. SSHM - Salinan Sah Hakmilik
  9. SSSA - Salinan Sah Surat Amanah
  10. SSSC - Salinan Sah Suratcara/Borang
  11. SSSW - Salinan Sah Suratkuasa Wakil
  12. Pendaftaran
  13. TN - Tukar Nama

CONSENT

  1. KGD(S) - Kebenaran Gadaian Strata
  2. KGD(T) - Kebenaran Gadaian Tanah
  3. KLT - Kebenaran Lanjut Tempoh
  4. KPJK - Kebenaran Pajakan
  5. KPJK(P) - Kebenaran Pindahmilik Pajakan
  6. KPM(S) - Kebenaran Pindahmilik Strata
  7. KPM(T) - Kebenaran Pindahmilik Tanah
  8. KPMGD(S) - Kebenaran Pindahmilik dan Gadaian Strata
  9. KPMGD(T) - Kebenaran Pindahmilik dan Gadaian Tanah
  10. KR1 - Kebenaran Rayuan
  11. KWA - Kebenaran Perolehan Tanah oleh Warga Asing
  12. KWAL - Kebenaran Membida Tanah oleh Warga Asing

STRATA

  1. PGSP - Permohonan Penggantian Sijil dan Permit
  2. PMMP6 - Permohonan Untuk Memecah Petak
  3. PMMP7 - Permohonan Untuk Menyatukan Petak
  4. PPBB - Permohonan Pecah Bahagi Bangunan atau Bangunan dan Tanah atau Tanah (Borang 1)
  5. PPBKR - Permohonan Pengkelasan Bangunan Kos Rendah
  6. PPHSYB - Permohonan Untuk Pengeluaran Hakmilik Strata Yang Berasingan Berkenaan Dengan Hakmilik Strata Sementara
  7. PPLRUS - Permohonanan Menyerah Hak Permit Ruang Udara Strata
  8. PPPP - Permohonan Perakuan Perbadanan Pengurusan
  9. PPRUS - Permohonan Permit Ruang Udara Strata
  10. PSIFUS - Permohonan Pindaan Sijil Formula Unit Syer
  11. PSS - Penamatan Skim Strata
  12. PTHS1 - Permohonan Perlanjutan Tempoh Memohon Hakmilik Strata (Borang 1)
  13. PTHS5 - Permohonan Perlanjutan Tempoh Memohon Hakmilik Strata Sementara (Borang 5)
  14. SIFUS - Permohonan Sijil Formula Unit Syer

PELUPUSAN

  1. BPRZ - Permohonan Pembatalan Perizaban
  2. HLPA - Permohonan Hak Lalu Lalang Pentadbir Tanah Awam/Persendirian
  3. MLMS - Membaharui Lesen Pendudukan Sementara
  4. PLMS - Permohonan Lesen Pendudukan Sementara
  5. PPJK - Permohonan Pajakan Tanah Perizaban
  6. PRU - Permohonan Permit Ruang Udara
  7. PRZ - Permohonan Perizaban
  8. PSBS - Permohonan Serahbalik Berimilik Semula
  9. PT - Permohonan Pemberimilikan
  10. RAYUAN - Permohonan Rayuan Kelulusan Kerajaan & PTG

PEMBANGUNAN

  1. PPB - Permohonan Pecah Bahagian Tanah - S142 KTN
  2. PPS - Permohonan Pecah Sempadan Tanah - S137 KTN
  3. PPSS - Permohonan Pecah Sempadan, Tukar Kategori, Syarat Nyata dan Sekatan Serentak - S124A KTN
  4. PSBB - Permohonan Serah Balik dan Berimilik Semula Tanah - S204D KTN
  5. PSST - Permohonan Serah Balik Sebahagian Tanah - S200 KTN
  6. PST - Permohonan Serah Balik Seluruh Tanah - S197 KTN
  7. PTS - Permohonan Tukar Syarat, Sekatan atau Kategori Tanah - S124 KTN
  8. PYT - Permohonan Penyatuan Tanah - S148 KTN
  9. Rayuan Keputusan Kerajaan / Rayuan Melanjutkan Tempoh Bayaran Premium

PENGUATKUASAAN

  1. 70KTN - Permohonan Pengeluaran Permit Bahan Batuan
  2. ADUAN - Penerimaan Aduan
  3. TDEPO70 - Permohonan Tuntutan Deposit Permit Bahan Batuan
  4. PENGAMBILAN
  5. PBA - Penarikan Balik Sek 35 APT 1960
  6. PBT4 - Pengambilan Tanah Seksyen 4, 3(1)(a) APT 1960
  7. PBT8A - Pengambilan Tanah Seksyen 8, 3(1)(a) APT 1960

HASIL

  1. PPAB - Permohonan Pertukaran Alamat Bil

Sebarang pengumuman mengenai pelaksanaan e2e akan dimaklumkan di Portal Rasmi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Wilayah Persekutuan (https://www.ptgwp.gov.my/portal) dan juga di Portal Awam e-Tanah Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan (https://www.ptgwp.gov.my/portal/awam-landing-page)

7. Adakah manual pengguna secara online disediakan dalam Portal Awam e-Tanah?

Ya. Pengguna boleh merujuk kepada Perkhidmatan Manual Pengguna atau klik pautan link yang disediakan ini https://www.ptgwp.gov.my/portal/awam-panduan-perkhidmatan

PENDAFTARAN AKAUN

8. Bagaimana cara untuk memohon ID Pengguna Portal Awam e-Tanah?

Pelanggan hendaklah mengenal pasti Jenis Akaun ID Pengguna yang hendak dipohon.

  1. Untuk Individu:

    Pendaftaran akaun boleh dilakukan di Portal Awam e-Tanah di laman rasmi PPTG Wilayah Persekutuan. Jenis akaun yang perlu dipilih adalah Individu.


  2. Untuk Firma Guaman:

    a.     Firma guaman yang baru: Firma guaman yang baru: Pendaftaran akaun boleh dilakukan di Portal Awam e-Tanah di laman rasmi PPTG Wilayah Persekutuan. Jenis akaun yang perlu dipilih adalah Firma Guaman.

    b.     Firma Guaman yang telah berdaftar dengan PPTG Wilayah Persekutuan dan mempunyai Kod Firma Guaman: Firma Guaman yang telah berdaftar dengan PPTG Wilayah Persekutuan dan mempunyai Kod Firma Guaman: Firma tersebut perlu membuat permohonan melalui pengisian Borang yang boleh dimuat turun daripada Portal Rasmi PPTG Wilayah Persekutuan (Borang -> ID Pengguna Portal Awam e-Tanah) atau klik di pautan link ini https://www.ptgwp.gov.my/portal/web/guest/muat-turun-borang, borang yang telah lengkap diisi hendaklah di emel ke etanahwp@ptgwp.gov.my atau boleh diserahkan secara terus di Kaunter PPTG Wilayah Persekutuan.


  3. Untuk Juruukur Berlesen (JUB), Syarikat dan Pertubuhan / Koperasi:

    Pendaftaran akaun boleh dilakukan di Portal Awam e-Tanah di Portal Rasmi PPTG Wilayah Persekutuan. Jenis akaun yang perlu dipilih adalah Juruukur Berlesen (JUB), Syarikat atau Pertubuhan / Koperasi.

Pelanggan juga boleh merujuk kepada manual pengguna yang disediakan di dalam Portal Awam e-Tanah dengan klik pautan link ini https://www.ptgwp.gov.my/portal/web/guest/manualpengguna-pendaftaranakaunpengguna

9. Apakah dokumen yang diperlukan semasa mendaftar di Portal Awam e-Tanah?

  1. Akaun Individu: Dokumen yang perlu dilampirkan adalah salinan Kad Pengenalan Individu.
  2. Akaun Firma Guaman: Akaun Firma Guaman: Dokumen yang perlu dimuat naik adalah Surat Pengesahan Firma dari Majlis Peguam Negara.
  3. Akaun Juruukur Berlesen (JUB): Akaun Juruukur Berlesen (JUB): Dokumen yang perlu dimuat naik semasa pendaftaran adalah Surat Wakil Jurukur Berlesen, Salinan Kad Pengenalan Juruukur dan Salinan Lesen Juruukur.
  4. Akaun Syarikat: Dokumen yang perlu dimuat naik semasa pendaftaran adalah Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat, Surat Wakil Syarikat dan Salinan Kad Pengenalan Wakil Syarikat.
  5. Akaun Pertubuhan/Koperasi: Dokumen yang perlu dimuat naik semasa pendaftaran adalah Salinan Kad Pengenalan Wakil Pertubuhan, Surat Wakil Pertubuhan dan Salinan Sijil ROS Pertubuhan.

10. Setelah mendaftar, berapakah tempoh masa yang diperlukan untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan?

ID Pengguna dan Kata Laluan akan diperolehi seawal sehari waktu bekerja (24 jam) atau selewatnya dua hari (48 jam) waktu bekerja. ID Pengguna dan Kata Laluan ini akan diemel kepada emel pengguna yang didaftarkan dalam permohonan. Pastikan alamat email yang didaftarkan adalah betul, sah dan aktif.

11. Perlukah pelanggan melakukan pengesahan biometrik di Pejabat Tanah?

Bagi mempertingkatkan sistem keselamatan dan sekuriti urusan di pejabat tanah, pengesahan ibu jari (biometrik) hanya perlu dibuat sekali sahaja.

CARIAN RASMI/PERSENDIRIAN

12. Apakah fungsi e-Carian di dalam Sistem e-Tanah?

e-Carian membolehkan pengguna untuk membuat Carian Hakmilik Persendirian secara atas talian di Portal Awam e-Tanah. Pengguna tidak perlu lagi ke kaunter untuk membuat atau memohon carian persendirian, sebaliknya hanya perlu layari Portal Awam untuk membuat urusan tersebut.

Bagi Wilayah Persekutan Kuala Lumpur pula, perkhidmatan Single Window Search (SWS) secara atas talian telah mula beroperasi pada 19 Mac 2018 merupakan satu capaian carian secara bersepadu untuk memudahkan pengguna melakukan carian maklumat seperti Carian Profil Syarikat (SSM) dan Carian Status Kebankrupan.

13. Selain Carian Persendirian, bolehkah pelanggan melakukan Carian Rasmi secara atas talian?

Ya, permohonan Carian Rasmi boleh dilakukan secara atas talian. Bayaran dilakukan dengan menggunakan Debit Terus (FPX) dan sijil salinan carian rasmi boleh didapati di dalam Portal awam e-Tanah.

Pelanggan boleh merujuk kepada manual pengguna yang disediakan di dalam Portal Awam dengan klik pautan link ini https://www.ptgwp.gov.my/portal/web/guest/perkhdmatan-atas-talian dan klik pada Pendaftaran - PCR Permohonan Carian Rasmi.

14. Apakah yang harus dilakukan jika terdapat ralat yang memaparkan “Hakmilik tiada dalam sistem / Hakmilik belum ditukar ganti” semasa membuat e-Carian?

Sila pastikan nombor hakmilik yang dimasukkan adalah tepat. Jika masih terdapat sebarang paparan ralat, sila telefon Talian Hotline e-Tanah Wilayah Persekutuan atau datang ke Pejabat Tanah untuk semakan lanjut.

15. Saya telah melakukan e-Carian untuk Hakmilik Strata namun terdapat ralat memaparkan 'Hakmilik tiada dalam sistem'.

Terdapat kemungkinan berikut;

  1. Maklumat yang dimasukkan tidak tepat seperti Mukim, Jenis Hakmilik, Nombor Hakmilik, Bangunan, Tingkat dan Petak

  2. Maklumat Bangunan yang dimasukkan tidak perlu beserta '-' Contoh:
         M1-B - salah
         M1B - betul

  3. Selepas langkah (a) & (b) dibuat dan masih lagi ralat yang sama dipaparkan, sila telefon Talian Hotline e-Tanah atau datang ke Pejabat Tanah untuk semakan lanjut.

16. Berapakah maksima bilangan permohonan Carian Rasmi yang boleh dibuat oleh pelanggan di Portal Awam?

Tiada bilangan khusus atau had maksima bagi permohonan Carian Rasmi di Portal Awam.

17. Adakah pelanggan dibenarkan untuk mencetak dan bagaimanakah cara untuk mencetak dokumen?

Pelanggan dibenarkan mencetak dokumen/sijil di Portal Awam sebanyak mungkin dalam masa lima hari sahaja. Dokumen/sijil tidak akan disimpan selepas lima hari. Pelanggan boleh menekan fungsi printer untuk mencetak.

Pelanggan dinasihatkan untuk menyimpan dokumen dalam bentuk soft copy bagi mengelak dari membuat carian semula.

PERMOHONAN TUKAR GANTI

18. Apakah Proses Tukarganti pada Hakmilik?

Proses tukarganti bermaksud proses penukaran daripada:

  1. Hakmilik Tanah - Dokumen hakmilik daftaran cetakan komputer Jadual Keempatbelas Kanun Tanah Negara (KTN) kepada dokumen hakmilik komputer Jadual Keenam Belas KTN.
  2. Hakmilik Strata - Dokumen hakmilik daftar Akta Hakmilik Strata (AHS) kepada Dokumen daftar strata berkomputer Jadual Keenam AHS.

Terdapat beberapa langkah dan proses yang perlu dilakukan untuk tukarganti dan proses ini hanya boleh dilakukan selepas pewartaan dan penguatkuasaan Sistem e-Tanah pada 19 Jun 2017.

19. Berapa lama dianggarkan masa untuk proses tukarganti?

Proses tukarganti keseluruhan dijangka mengambil masa sehingga 31 August 2017 dan telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2017.

20. Bagaimana saya hendak tahu status hakmilik saya sama ada telah atau belum ditukarganti?

Pengguna boleh membuat permohonan dan menyemak status tukarganti hakmilik mereka di Portal Awam e-Tanah Wilayah Persekutuan.

e-SEMAKAN

21 . Apakah itu e-Semakan?

Pelanggan boleh mengetahui status permohonan/urusan yang telah dibuat atau dimohon melalui atas talian Portal Awam, status urusan yang sedang diproses, telah selesai atau perlu membuat kutipan di kaunter pejabat tanah.

Pelanggan boleh membuat semakan status permohonan melalui ID Permohonan/ No. Perserahan atau No. Resit di dalam Portal Rasmi dengan klik pautan link ini :
https://www.ptgwp.gov.my/portal/web/guest/awam-esemakan

CUKAI PETAK/TANAH

22. Bolehkah cukai tanah/petak dibayar secara atas talian tanpa daftar masuk portal awam?

Boleh. Pelanggan boleh membuat bayaran cukai di Portal Rasmi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan atau klik di pautan link ini https://www.ptgwp.gov.my/portal/web/guest/awam-ebayaran dan pilih wilayah yang berkenaan.

Pelanggan juga boleh merujuk kepada manual pengguna yang disediakan di dalam Portal Awam dengan klik pautan link ini https://www.ptgwp.gov.my/portal/web/guest/perkhdmatan-atas-talian dan Muat Turun Urusan e-Bayaran.

23. Apakah maklumat yang diperlukan untuk membuat bayaran cukai tanah/petak?

Pengguna boleh memilih maklumat yang diperlukan untuk membuat bayaran bil cukai tanah/petak sama ada dengan menggunakan No.Akaun, ID Hakmilik Tanah, ID Hakmilik Strata atau No.Lot/PT.

24. Apakah cara bayaran yang diterima untuk urusan online?

Perkhidmatan bayaran secara online boleh dilakukan melalui kaedah Debit Terus (FPX) atau melalui kad kredit atau kad debit VISA / Master Card.

25. Adakah pelanggan boleh memuat turun resit berkenaan dari Portal Awam untuk disimpan (softcopy)?

Ya, pelanggan boleh muat turun resit berkenaan dari Portal Awam untuk simpanan dan rujukan secara softcopy. Untuk resit rasmi, selepas pembayaran dibuat, butang 'Resit' akan dipaparkan. Pelanggan boleh tekan untuk muat turun/cetak. Butang ini akan hilang selepas pelanggan tekan 'Tutup'.

Selepas ‘Tutup’, pengguna masih boleh dapatkan bukti pembayaran dengan tekan butang ‘Cetak Bil'. Jika pengguna masih perlukan Resit Rasmi yang mempunyai letterhead rasmi, pengguna boleh mohon melalui Unit Hasil PTG untuk mencetak semula resit rasmi berkenaan.

PERMOHONAN ATAS TALIAN

26. Apakah itu permohonan atas talian Sistem e-Tanah?

Permohonan atas talian adalah untuk membuat permohonan urusan di Portal awam e-Tanah secara atas talian seperti urusan Consent, Strata, Pendaftaran dan lain-lain.

27. Apakah jenis urusan yang boleh dibuat secara atas talian?

Pengguna boleh mendapatkan manual pengguna bagi modul Consent dengan klik di pautan di bawah:
https://www.ptgwp.gov.my/portal/web/guest/manualpengguna-consent

  1. Kebenaran Pajakan
  2. Kebenaran Pindahmilik Pajakan
  3. Kebenaran Tanah Oleh Warga Asing (Pelupusan)
  4. Kebenaran Rayuan
  5. Kebenaran Pukal
  6. Kebenaran Peroleh Tanah Oleh Warga Asing
  7. Kebenaran Membida Tanah Oleh Warga Asing
  8. Kebenaran Lanjut Tempoh
  9. Kebenaran PindahMilik Gadaian (Tanah)
  10. Kebenaran PindahMilik (Tanah)
  11. Kebenaran Gadaian (Tanah)
  12. Kebenaran PindahMilik Gadaian (Strata)
  13. Kebenaran Gadaian (Strata)
  14. Kebenaran PindahMilik (Strata)

Pengguna boleh mendapatkan manual pengguna bagi modul Pembangunan dengan klik di pautan di bawah:
https://www.ptgwp.gov.my/portal/web/guest/manualpengguna-pembangunan

  1. Permohonan Serah Seluruh Tanah
  2. Permohonan Tukar Syarat, Sekatan atau Kategori Tanah
  3. Permohonan Serah Balik dan Berimilik Semula Tanah
  4. Permohonan Pecah Bahagian Tanah
  5. Permohonan Pecah Sempadan Tanah
  6. Permohonan Penyatuan Tanah
  7. Permohonan Serah Sebahagian Tanah

Pengguna boleh mendapatkan manual pengguna bagi modul Pelupusan dengan klik di pautan di bawah:
https://www.ptgwp.gov.my/portal/web/guest/manualpengguna-pelupusan

  1. Permohonan Lesen Menduduki Sementara
  2. Permohonan Pemberimilikan
  3. Permohonan Permit Ruang Udara
  4. Permohonan Serahbalik Berimilik Semula
  5. Permohonan Serahbalik Berimilik Semula Khas
  6. Memperbaharui Lesen Menduduki Sementara
  7. Permohonan Hak Lalu Lalang Pentadbir Awam / Persendirian
  8. PLTP - Permohonan Lanjut Tempoh Pegangan (Seksyen 90A)

Pengguna boleh mendapatkan manual pengguna bagi modul Strata dengan klik di pautan di bawah:
https://www.ptgwp.gov.my/portal/web/guest/manualpengguna-strata

  1. Panduan Permohonan Pecah Bahagi Bangunan Atau Bangunan Dan Tanah Atau Bangunan (Borang 1)
  2. Panduan Permohonan Sijil Formula Unit Syer
  3. Permohonan Pengkelasan Bangunan Kos Rendah
  4. Permohonan Perlanjutan Tempoh Memohon Hakmilik Strata (Borang 1)
  5. Permohonan Permit Ruang Udara Strata
  6. Permohonan Untuk Memecah Petak
  7. Permohonan Perakuan Perbadanan Pengurusan
  8. Permohonan Menyerah Hak Permit Ruang Udara Strata
  9. Permohonan Penggantian Sijil dan Permit
  10. Permohonan Perlanjutan Tempoh Memohon Hakmilik Strata Sementara (Borang 5)
  11. Permohonan Pindaan Sijil Formula Unit Syer
  12. Permohonan Untuk Pengeluaran Hakmilik Strata Yang Berasingan Berkenaan Dengan Hakmilik Strata Sementara
  13. CSDS - Carian Butir-butir dalam Daftarai Strata

Pengguna boleh mendapatkan manual pengguna bagi modul Lelong dengan klik di pautan di bawah:
https://www.ptgwp.gov.my/portal/web/guest/manualpengguna-lelong

  1. Permohonan Menjadi Pelelong Berlesen
  2. Permohonan Penangguhan Pembatalan Perintah Jualan
  3. Permohonan Pendaftaran Pembida
  4. Permohonan Perintah Jualan
  5. Permohonan Tuntutan Pelelong Berlesen
  6. Panduan Kerja Pelelong Berlesen

Pengguna boleh mendapatkan manual pengguna bagi modul Pengambilan dengan klik di pautan di bawah:
https://www.ptgwp.gov.my/portal/web/guest/manualpengguna-pengambilan

  1. Pengambilan Tanah

Pengguna boleh mendapatkan manual pengguna bagi modul Pendaftaran dengan klik di pautan di bawah:
https://www.ptgwp.gov.my/portal/web/guest/manualpengguna-pendaftaran

  1. PHMM – Perletakhakan Oleh Mahkamah
  2. KVSTB – Tarik Balik Kaveat Persendirian
  3. GDL – Melepaskan Gadaian
  4. PMT – Pindahmilik Tanah
  5. GD – Gadaian Menjamin Wang Pokok
  6. CSDS - Carian Butir-butir dalam Daftar Strata
  7. Pendaftaran Secara Berangkai
  8. Cetak Borang Berkanun
  9. HDHK- Permohonan Dokumen Hakmilik Keluaran Hilang

Pengguna boleh mendapatkan manual pengguna bagi modul Hasil dengan klik di pautan di bawah:
https://www.ptgwp.gov.my/portal/web/guest/manualpengguna-hasil

  1. Hasil - Bil Kelompok
  2. Hasil - Permohonan Pertukaran Alamat Bil

28. Apakah Nombor Talian Hotline Sistem e-Tanah Wilayah Persekutuan untuk sebarang pertanyaan?

Talian Hotline       : 03 2693 6429

Kuala Lumpur       : 03 2610 3300

Putrajaya           : 03 8889 7777

Labuan             : 087 415 132
Masa Sokongan Hotline : Isnin - Jumaat (8:30 am - 4:30 pm)