Bahasa Melayu Bahasa Melayu English English
Bahasa Lain

Topik Popular

|
  |  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
  • image

    Pejabat Tanah Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    soalanSoalan Lazim
    addressHubungi Kami
     
    reportAduan/Maklum Balas
    mapPeta Laman
    Soalan
    Lazim
    Hubungi
    Kami
    Aduan / Maklumbalas Peta
    Laman

    Soalan Lazim

    1. Bolehkan Borang Suratcara diisi dengan menggunakan dakwat biru atau pen mata bulat?
      Borang Suratcara hanya boleh dilengkapkan dengan menggunakan dakwat hitam atau bertaip.

       

    2.  Perlukah bahagian penyaksian disempurnakan sekiranya cop mohor diturunkan?
      Ruangan penyaksian tidak perlu dilengkapkan sekiranya terdapat cop mohor syarikat pada borang suratcara.

       

    3. Bolehkah perubahan dibuat pada borang suratcara?
      Perubahan boleh dibuat pada borang suratcara dengan syarat semua perubahan perlu ditandatangan ringkas.

       

    4. Bagi gadaian oleh warganegara asing, perlukah mendapat kebenaran terlebih dahulu oleh JKKTWPKL dan FIC?
      Kebenaran oleh JKKTWPKL dan FIC tidak perlu dipohon kecuali bagi urusan pindahmilik.

       

    5. Bagi Tanah Rizab Melayu, bolehkah penyaksian dibuat oleh peguambela atau peguamcara?
      Penyaksian bagi hakmilik rizab melayu hanya boleh disempurnakan oleh Pentadbir Tanah sahaja.

       

    6. Bolehkah Pejabat Tanah menerima perserahan yang tidak lengkap?
      Perserahan yang tidak lengkap boleh diterima, namun pendaftaran hanya boleh disempurnakan setelah dokumen yang tertinggal telah diterima oleh Pejabat Tanah.

       
    7. Siapakah yang boleh atau layak untuk membuat permohonan memotong kaveat?
      Hanya pemilik atau pihak berkepentingan yang berdaftar sahaja yang boleh membuat permohonan.

       
    8. Bagaimanakah cara permohonan pemotongan kaveat dibuat?
      Permohonan pemotongan kaveat boleh dipohon kepada Pentadbir Tanah melalui Seksyen 326 Kanun Tanah Negara atau melalui Perintah Mahkamah berdasarkan Seksyen 327 KTN.

       
    9. Bolehkah urusniaga dilaksanakan sekiranya cukai tanah bagi tahun semasa belum dijelaskan?
      Cukai tanah bagi tahun semasa perlu dijelaskan sebelum urusniaga boleh dilaksanakan.

       
    10. Bolehkah segala urusan di Unit Pendaftaran dibayar dengan menggunakan cek?
      Bayaran hanya boleh dibuat dengan menggunakan Bank deraf, wang pos, kiriman wang dan wang tunai sahaja.

       
    11. Bagaimanakan cara-cara untuk mengisi Borang 14A (Borang Pindahmilik)?
      Setiap urusniaga dikehendaki menggunakan borang yang telah ditetapkan, disamping cara-cara pengisian yang tertentu. Semasa pengisian borang, peruntukan-peruntukan yang terdapat di bawah Seksyen 43 dan Jadual 10 KTN hendaklah dipatuhi. Suratcara yang telah siap diisi hendaklah ditandatangani oleh pemilik tanah atau orang berkaitan itu sendiri dan bagi kes-kes yang melibatkan syarikat dan perbadanan, suratcara hendaklah ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa di bawah perlembagaan atau undang-undang perbadanan atau syarikat yang berkaitan untuk berbuat demikian.
       
      Semua suratcara yang dilaksanakan oleh orang perseorangan hendaklah diakusaksikan (attested) oleh pegawai-pegawai yang tercatit di dalam Jadual Ke 5, KTN dan bagi kes syarikat dan perbadanan, sebagaimana yang diperuntukan di dalam undang-undang masing-masing.
       
      Semua suratcara yang telah disempurnakan hendaklah distemkan secukupnya mengikut Akta Setem 1949 dan diserahkan ke Pejabat Tanah yang berkenaan untuk didaftarkan.  Selain daripada itu, dokumen-dokumen iringan perlu disertakan dan bayaran-bayaran yang tertentu perlu dijelaskan.

       
    12. Apakah yang dimaksudkan dengan Kaveat Persendirian dan bagaimana cara-cara untuk mengisi Borang Kaveat Persendirian (Borang 19B)?
      Maksud Kaveat ialah larangan terhadap urusniaga (Restraint On Dealing) dan ia dimasukkan untuk menjaga kepentingan orang yang ada kepentingan terhadap tanah atau kepentingan itu.  Kaveat merupakan satu alat pengurusan yang mudah dan murah yang disediakan oleh Kanun Tanah Negara (KTN) untuk melindungi kepentingan tertentu.
       
      Permohonan Kaveat Persendirian hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang 19B dan diisi dengan lengkap dan diakusaksi dan menyatakan ciri-ciri tuntutan samada kaveat yang hendak dimasukkan itu mengikut tanah atau kepentingan Seksyen 323 (2). Bayaran sebagaimana yang ditetapkan dan surat Akuan Sumpah hendaklah disertakan bersama.

       
    13. Apakah yang perlu dilakukan apabila hakmilik hilang?

      Pihak yang berkepentingan perlulah:
      - membuat surat permohonan hakmilk hilang
      - Surat Akuan Sumpah mengenai kehilangan hakmilik berkenaan (dibuat oleh tuanpunya tanah atau mana-mana orang atau badan yang menuntut melalui tuan punya tanah). Di dalam Surat Akuan Sumpah perlulah disebut butir-butir hakmilik tanah yang hilang iaitu mukim, jenis dan nombor hakmilik serta nombor Lot/PT.

      Pemohon perlu membuat bayaran mengikut kadar yang telah ditetapkan dalam Kaedah Tanah Wilayah Persekutuan sebanyak RM120.00 bagi satu hakmilik.