Bahasa Lain  

 

Hot Topics

|
  |  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
  • image

    Arahan Pentadbiran: Bahagian Pembermilikan / Pelupusan

    Tarikh Kemaskini: Tue, 21 Aug 2018

    NOTIS PERINGATAN
     

    Bagi Urusan Permohonan Pemberimilikan / Pelupusan (Alienation) Tanah Kerajaan Melalui Seksyen 76 Kanun Tanah Negara 1965, pemohon di sarankan untuk menyemak status semasa Lot/PT Tanah yang dipohon. Ini bertujuan untuk memastikan permohonan tanah tersebut tidak dibuat ke atas tanah yang telah diberikan hakmilik.
     

    Bagi tujuan semakan status tanah yang hendak dipohon melalui kaedah pemberimilikan / pelupusan (Alienation), pemohon boleh membuat semakan melalui carian rasmi dan tidak rasmi secara online di Portal Awam e-Tanah PPTG WPKL atau hadir di Kaunter Pendaftaran Aras G.
     

    Pihak PPTG WPKL tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang masalah yang timbul di pihak pemohon, termasuklah rayuan pemulangan bayaran permohonan (refund), sekiranya permohonan tersebut dibuat ke atas tanah yang telah diberikan hakmilik.