Bahasa Lain  

 

Hot Topics

|
  |  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
  • image

    Garis Panduan PPTG WP

    Pemberitahuan Keputusan untuk Menghadkan Bilangan Bukan Warganegara dan Syarikat sing dari memiliki Hartanah di Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tanah (MJKT) Wilayah Persekutuan Putrajaya Bil.99/2022 telah bersetuju untuk mengemaskini dasar pemilikan hartanah oleh warganegara asing di Wilayah Persekutuan Putrajaya seperti berikut:

     

     

    BIL

     

    PERKARA

     

    HURAIAN

     

    1.

    Kawalan Pemilikan

     

    1. Pemilikan oleh warganegara asing / syarikat asing adalah terhad kepada 5% daripada jumlah keseluruhan hakmilik (tanah/strata) yang didaftarkan pada satu-satu masa dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya;

     

    1. Warganegara asing / syarikat asing hanya dibenarkan memiliki satu jenis hartanah sahaja pada satu-satu masa; dan

     

    1. Bagi pemilikan hartanah kediaman/komersil strata bertingkat, pemilikan oleh warganegara asing / syarikat asing hanya dibenarkan 5% daripada jumlah keseluruhan hakmilik strata kediaman / komersil bagi satu-satu skim tersebut.

     

     

     

     

     

     

     

    2.

    Jenis hartanah yang dibenarkan dimiliki oleh warganegara asing / syarikat asing:

     

    1. Hartanah yang dibenarkan dimiliki olah warganegara asing / syarikat asing adalah hartanah kediaman strata bertingkat, hartanah komersil strata bertingkat, hartanah komersil bertanah dan hartanah perusahaan bertanah; dan

     

    1. Hartanah yang tidak disenaraikan di atas tidak dibenarkan dimiliki oleh warganegara asing / syarikat asing.

     

    3.

    Paras harga minimum bagi pemilikan hartanah warganegara asing / syarikat asing.

     

    1. Bagi hartanah kediaman strata bertingkat, harga jualan minima adalah bermula daripada RM1,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta) dan ke atas;

     

    1. Bagi hartanah komersil strata bertingkat, harga jualan minima adalah bermula daripada RM1,500,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta dan Lima Ratus Ribu) dan ke atas;

     

     

     

     

    1. Bagi hartanah komersil bertanah, harga jualan minima adalah bermula daripada RM3,000,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Juta) dan ke atas;

     

    1. Bagi hartanah perusahaan bertanah, harga jualan minima adalah bermula daripada RM5,000,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Juta) dan ke atas; dan

     

     

    1. Pemakaian harga minima ini adalah terpakai sama ada penjualan daripada pemaju (sales from developer) atau penjualan pihak ketiga (subsale from owner).

     

    4.

    Kaedah Pelaksanaan

    1. Sebagai tambahan kaedah pelaksanaan permohonan kebenaran kepada Pihak Berkuasa Negeri yang sedia ada, setiap permohonan kebenaran pemilikan oleh warganegara asing perlu dikemukakan untuk ulasan tapisan keselamatan dari pihak Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia.

     

    1. Permohonan kebenaran pemilikan  yang dibuat oleh syarikat asing perlu mendapat kelulusan daripada Unit Perancang Ekonomi.

     

     

    Bahagian Pendaftaran
    PPTG WP Putrajaya