Kebenaran Gadai Tanah
Tarikh Kemaskini: Wed, 14 Jul 2021
MAKLUMAT AM
Permohonan kebenaran gadai tanah bagi hakmilik tanah yang mempunyai sekatan kepentingan.
SENARAI SEMAK URUSAN KEBENARAN GADAIAN TANAH – KGD(T)
| Bil. | Perkara | Mandatori |
| 1. | Carian Persendirian / Carian rasmi / salinan hakmilik pejabat tanah diakuisah oleh Pendaftar Hakmilik | / |
| 2. | Salinan Tawaran Pinjaman Bank / Surat Pengesahan Jawatan oleh Majikan & Surat Tawaran Pinjaman LPPSA | / |
| 3. | Dokumen Pengenalan - Penggadai Individu - Salinan Kad Pengenalan / Pasport diakuisah* Syarikat - Carian SSM terkini* Persatuan / Pertubuhan - Undang-Undang Tubuh / Minit Mesyuarat | / |
| 4. | Lain-Lain (Nyatakan:...............................................) Salinan Surat Kuasa Wakil, Perintah dan lain-lain dokumen yang dirasakan perlu | |
| * Setiap salinan perlu diakuisah sebelum dikemukakan kepada pejabat ini oleh Peguam, Majistret, Pegawai Kerajaan di Kumpulan Pengurusan & Profesional dan lain-lain orang yang dibenarkan. * Tempoh bagi carian SSM terkini dan carian rasmi/salinan hakmilik pejabat tanah yang diakuisah oleh pendaftar hakmilik hanya terpakai 3 bulan sahaja daripada tarikh yang dikeluarkan. | ||
FI
Maklumat ini merujuk Kaedah-kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1995 (Kaedah 53) bahagian Fee Pejabat.
| Bil | Perkara | FI(RM) |
| 1. | Kebenaran Gadai Tanah – KGD(T) | 50 |
PERMOHONAN ATAS TALIAN
Cara Memohon:
| Bil | Langkah-langkah |
| 1. | Setelah selesai isi maklumat atas talian, pemohon perlu mencetak, dan hardcopy yang keluar berbentuk borang. |
| 2. | Borang tersebut hendaklah ditandatangani oleh Pemohon |
| 3. | Setelah selesai urusan ii, sila muat naik borang tersebut serta dokumen yang diperlukan seperti dalam senarai semak ke dalam sistem e-Tanah. |




