Bahasa Lain  

 

Hot Topics

|
  |  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
  • image

    MAKLUMAN PENGOPERASIAN KAUNTER PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN WILAYAH PERSEKUTUAN SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 3.0 BERMULA 25 MEI SEHINGGA 07 JUN 2021

    Tarikh Kemaskini: Mon, 24 May 2021


    Makluman Pengoperasian Kaunter Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula 25 Mei 07 Jun 2021
     

    Berikutan pengumuman kerajaan mengenai tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara mulai 25 Mei sehingga 07 Jun 2021, operasi perkhidmatan kaunter Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) adalah seperti berikut : -
     

    1. iSemua Kaunter PPTGWP akan beroperasi bermula 8.00 pagi sehingga 2.00 petang (Isnin - Jumaat).
    2. Kaunter Penyaksian akan beroperasi bermula 10.00 pagi sehingga 1.00 petang (Isnin - Jumaat) mulai 31 Mei 2021 (melibatkan hakmilik Wilayah Persekutuan sahaja).
       

    Para pelanggan diminta sentiasa mengamalkan SOP norma baharu seperti yang ditetapkan oleh kerajaan dalam mengekang penularan wabak Covid-19 sepanjang berurusan di premis ini. 
     

    Para pelanggan juga digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan dalam talian yang boleh dilayari melalui Portal Rasmi PTGWP (http://www.ptgwp.gov.my/portal/landing-page) atau Portal Awam e-Tanah WP Kuala Lumpur (www.ptgwp.gov.my/etanah-awam) bagi urusan berkaitan Permohonan Carian Persendirian, Permohonan Carian Rasmi, Permohonan Kebenaran Pindahmilik, Permohonan Pembangunan dan Pelupusan Tanah, Semakan dan Pembayaran Cukai Tanah dan Cukai Petak (e-Bayaran) https://www.ptgwp.gov.my/etanah-awam/EBayaranSemakBayarCukaiTanahForm.xhtml serta lain - lain perkhidmatan berkaitan. 
     

    Segala kesulitan amat dikesali.