Bahasa Lain  

 

Hot Topics

|
  |  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
  • image

    Makluman Perubahan Prosedur Berurusan di Kaunter Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mulai 19 Jun 2017

    Tarikh Kemaskini: Tue, 15 Aug 2017

    Makluman Perubahan Prosedur Berurusan di Kaunter Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mulai 19 Jun 2017
     

    1. Pelanggan dimohon mendapatkan nombor giliran di kaunter 1 untuk semua urusan (termasuk kutipan perserahan, hakmilik dan salinan sah hakmilik/dokumen).
       
    2. Carian persendirian hakmilik strata boleh dibuat di Kaunter Carian.
       
    3. Perserahan urusniaga dan bukan urusniaga boleh dikemukakan di kaunter seperti biasa.
       
    4. Carian persendirian dan rasmi boleh dibuat di kaunter perserahan dan sebaliknya.
       
    5. Bayaran cukai tanah (tunai dan bank draft) boleh dibuat di kaunter perserahan bagi hakmilik yang terlibat dengan perserahan yang dikemukakan.
       
    6. Urusan permohonan hakmilik hilang & lelong perlu dibuat di kaunter Aras G.
       
    7. Carian persendirian dan rasmi hakmilik tidak boleh diproses sekiranya hakmilik belum ditukarganti kepada hakmilik di bawah Jadual ke-16 Kanun Tanah Negara dan Jadual ke-6 Akta Hakmilik Strata. Permohonan tukarganti hakmilik boleh dibuat secara online.
       
    8. Permohonan carian persendirian hakmilik tanah dan strata secara online boleh dibuat di Portal Awam e-Tanah.  
       
    9. Setiap nombor giliran terhad kepada 5 urusan sahaja bagi kaunter perserahan dan carian.