NOTIS PENUTUPAN PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN WILAYAH PERSEKUTUAN (PPTG WP) BERMULA 29 JUN 2021
Tarikh Kemaskini: Mon, 28 Jun 2021
Adalah dimaklumkan bahawa bahawa Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTG WP) DITUTUP selaras dengan arahan Kerajaan berkaitan pelanjutan tempoh PKP 3.0 (lock-down Fasa 2) yang akan bermula pada 29 Jun 2021 sehingga dibenarkan beroperasi semula.
Sehubungan itu, perkara-perkara berikut akan dikuatkuasa bagi urusan-urusan yang berkaitan PPTG WP Kuala Lumpur sepanjang tempoh tersebut:
- Pengecualian denda lewat bagi perserahan urusniaga yang tamat semasa tempoh PKP 3.0 lockdown. Kelonggaran untuk mengemukakan perserahan urusniaga ialah dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh akhir perserahan.
- Pengecualian denda lewat bagi kutipan hakmilik yang tamat semasa tempoh PKP 3.0 lockdown. Kelonggaran untuk membuat kutipan hakmilik ialah dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh akhir yang ditetapkan.
- Surat Kebenaran Pindahmilik/Gadaian/Pajakan yang tamat tempoh semasa tempoh PKP 3.0 lockdown diberi lanjutan masa selama dua (2) bulan dari tarikh tamat tempoh surat tersebut.
- Semua siasatan lelongan awam dan hakmilik hilang yang telah ditetapkan semasa tempoh PKP 3.0 lockdown adalah ditangguhkan. Pentadbiran ini akan mengeluarkan surat baharu apabila dibenarkan beroperasi semula.
- Semua slot janjitemu perserahan (e-Janjitemu) melalui sistem e-Tanah hanya akan dibuka semula untuk tempahan apabila dibenarkan beroperasi semula.
Para pelanggan juga digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan dalam talian yang boleh dilayari melalui Portal Rasmi(http://www.ptgwp.gov.my/portal/landing-page) atau Portal Awam eTanah Kuala Lumpur (www.ptgwp.gov.my/etanah-awam) bagi urusan berkaitan Permohonan Carian Persendirian, Permohonan Carian Rasmi, Permohonan Kebenaran Pindahmilik, Permohonan Pembangunan dan Pelupusan Tanah, Semakan dan Pembayaran Cukai Tanah dan Cukai Petak (e-Bayaran) serta lain - lain perkhidmatan berkaitan.
Pentadbiran ini memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul dipihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan.
Sekian. Terima kasih.