Bahasa Lain  

 

Hot Topics

|
  |  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
  • image

    Pameran sempena Customer Service Day anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP)

    Tarikh Kemaskini: Wed, 4 Dec 2019

     

    Pihak KWP telah menganjurkan Customer Service Day bersama warga Putrajaya selama 3 hari mulai 8 hingga 10 November 2019 (Jumaat – Ahad) bermula jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Boulevard Putrajaya, Presint 3, Putrajaya yang bertemakan hijau dan promosi penggunaan produk biodegradasi dengan penampilan khas dari artis terkenal Maya Karin, Duta River of Life. Agensi-agensi di bawah KWP untuk menyertai booth pameran yang melibatkan pameran -pameran produk dan aktiviti agensi dan PPTG WP akan mempromosikan Pelaksanaan Cukai Petak 2020. Selain daripada pameran, terdapat pelbagai aktiviti menarik termasuk jualan-jualan serta aktiviti disediakan terutama bagi kanak-kanak seperti pertandingan mewarna, pertandingan Spelling Bee, batik painting serta menanam pokok dan bermacam-macam lagi.  Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran DYMM SPB Yang Dipertuan Agong yang sudi mencemar duli menghadiri program ini pada 10 November 2019 (Ahad) sekitar jam 9.30 pagi bagi sesi beramah mesra dan meninjau ke setiap booth pameran yang disediakan.

     

    Gambar Pilihan: