PELAN P.A BAGI PERMOHONAN PENYERAHAN BALIK DAN PEMBERIMILIKAN SEMULA DI BAWAH SEKSYEN 204D KANUN TANAH NEGARA (KTN) 1965 YANG MENGGUNAKAN HAKMILIK SEMENTARA (QT)
Tarikh Kemaskini: Fri, 27 Nov 2020
PELAN P.A BAGI PERMOHONAN PENYERAHAN BALIK DAN PEMBERIMILIKAN SEMULA DI BAWAH SEKSYEN 204D KANUN TANAH NEGARA (KTN) 1965 YANG MENGGUNAKAN HAKMILIK SEMENTARA (QT)
Adalah dimaklumkan bermula dari 1 Januari 2021, semua permohonan penyerahan balik dan pemberimilikan semula tanah di bawah seksyen 204D KTN 1965 yang menggunakan hakmilik sementara seperti HSM atau HSD adalah DIWAJIBKAN untuk menyertakan bersama-sama Pelan Akui (P.A) yang telah diluluskan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) bagi hakmilik sementara tersebut.
Perkara ini adalah selaras dengan Seksyen 204B(2) KTN 1965. Pentadbir Tanah tidak akan menerima permohonan di bawah seksyen 204D KTN 1965 yang menggunakan hakmilik sementara (QT) tanpa menyertakan pelan akui yang telah diluluskan oleh JUPEM.
Pentadbir Tanah
Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur




