Bahasa Lain  

 

Hot Topics

|
  |  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
  • image

    Pemberitahuan Keputusan Untuk Menghadkan Bilangan Bukan Warganegara dan Syarikat Asing bagi Memiliki Hartanah di Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Tarikh Kemaskini: Tue, 23 Jan 2018

    Image1 Image

     

    Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tanah (MJKT) Wilayah Persekutuan Putrajaya Bil. 74/2016 telah bersetuju untuk menghadkan bilangan bukan warganegara dan syarikat asing bagi memiliki hartanah di Wilayah Persekutuan Putrajaya, dengan syarat-syarat seperti berikut :
     

    i.   Pemilikan hartanah jenis “kediaman” (landed property dan landed strata) oleh bukan warganegara tidak akan dipertimbangkan untuk kelulusan; dan
       
    ii.  

    Pemilikan hartanah jenis “kediaman” (strata bertingkat) oleh bukan warganegara dan jenis “perniagaan” oleh syarikat asing dihadkan kepada 5% daripada keseluruhan jumlah hartanah pada suatu masa.

       
     

    Sehubungan itu, keputusan oleh MJKT ini adalah berkuatkuasa mulai 1 September 2016.


    Bahagian Pendaftaran
    PPTG WP Putrajaya