Bahasa Lain  

 

Hot Topics

|
  |  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
  • image

    Penutupan Sementara Portal Awam e-Tanah, e-Bayaran dan MySMS pada 31 Disember 2020

    Tarikh Kemaskini: Thu, 31 Dec 2020

     

    Selaras dengan penutupan akaun akhir tahun, capaian  ke perkhidmatan Portal Awam e-Tanah, e-Bayaran dan MySMS Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan ditutup sementara waktu mengikut ketetapan di bawah bagi membolehkan aktiviti penyelarasan dan pengemaskinian akaun dilaksanakan dengan teratur dan lancar.

     

    Tarikh     :    31 Disember  2020 (Khamis)
    Masa      :    4.00 petang sehingga selesai
     

    Perkhidmatan tersebut akan beroperasi semula seperti biasa selepas aktiviti penyelarasan dan pengemaskinian akaun selesai dilaksanakan.  Bagi urusan pembayaran cukai tanah dan cukai petak, pemilik tanah/strata di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih boleh membuat pembayaran secara Perbankan Internet melalui Maybank2U, CimbClicks, RHB dan juga Pos Online.

     

    Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali.

     

    Sekian.  Terima kasih.