Penutupan Sementara Portal Rasmi dan Portal Awam eTanah PPTGWP
Tarikh Kemaskini: Thu, 7 Sep 2023
Pelanggan yang dihormati,
Dimaklumkan bahawa PPTGWP akan menjalankan penutupan penuh ke atas Portal Awam sistem e-Tanah, Portal Rasmi dan Portal Awam e-Tanah PPTGWP bermula pukul 6.00 petang pada 8 September 2023 ( Jumaat ) sehingga 10 September 2023 (Ahad) disebabkan penutupan penuh bekalan elektrik di Rumah Persekutuan Kuala Lumpur bagi memberi lalulan kepada kerja-kerja penggantian Sistem Penyaman Udara Berpusat.
Sepanjang tempoh tersebut, capaian ke perkhidmatan Portal Rasmi ,Portal Awam e-Tanah dan e-Bayaran tidak dapat diakses dan sistem akan beroperasi semula selepas aktiviti penyelenggaraan selesai.
Walau bagaimanapun, pemilik tanah/strata di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih boleh membuat pembayaran cukai tanah/petak secara Perbankan Internet melalui Maybank2U, CimbClicks, RHB, Pos Online dan juga JomPAY.
Bagi pemilik tanah di Wilayah Persekutuan Putrajaya, pembayaran cukai tanah masih boleh dibuat melalui Perbankan Internet melalui Maybank2U, CimbClicks, dan BSN. Manakala pemilik tanah di Wilayah Persekutuan Labuan boleh membuat pembayaran cukai tanah secara Perbankan Internet melalui Maybank2U.
Sebarang pertanyaan/aduan boleh dibuat melalui peti pesanan media sosial rasmi PPTGWP (Facebook/ Instagram/ Twitter) atau emel ke tanahwila@ptgwp.gov.my.
Facebook : Pejabat Pengarah Tanah & Galian WP
Instagram & Twitter : @pptg_wp
Segala kesulitan amat dikesali.
Pelanggan yang dihormati,
Dimaklumkan bahawa PPTGWP akan menjalankan penutupan penuh ke atas Portal Awam sistem e-Tanah, Portal Rasmi dan Portal Awam e-Tanah PPTGWP bermula ?????????? ??.???? ???????????? ???????? ?? ?????????????????? ???????? (????????????) ???????????????? ???? ?????????????????? ???????? (????????) disebabkan penutupan penuh bekalan elektrik di Rumah Persekutuan Kuala Lumpur bagi memberi lalulan kepada kerja-kerja penggantian Sistem Penyaman Udara Berpusat.