Bahasa Lain  

 

Hot Topics

|
  |  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
  • image

    Penutupan Sementara Portal Awam eTanah dan eBayaran PPTGWP pada 31 Mei 2024

    Tarikh Kemaskini: Wed, 15 May 2024

    Image1

     

    Adalah dimaklumkan bahawa pihak Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan akan menjalankan aktiviti janaan denda lewat seperti ketetapan berikut:

     

    Tarikh     :    31 Mei  2024
    Masa      :    11.00 malam sehingga selesai.
     

    Sepanjang tempoh tersebut, capaian ke perkhidmatan Portal Awam e-Tanah dan e-Bayaran tidak dapat diakses. Sistem akan beroperasi semula seperti biasa selepas tarikh dan waktu tersebut.
     

    Walau bagaimanapun, pemilik tanah/strata di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih boleh membuat pembayaran cukai tanah/petak secara Perbankan Internet melalui Maybank2UCimbClicks, RHB, Pos Online dan juga JomPAY. Bagi pemilik tanah di Wilayah Persekutuan Putrajaya, pembayaran cukai tanah masih boleh dibuat melalui Perbankan Internet melalui Maybank2UCimbClicks, dan BSN. Manakala pemilik tanah di Wilayah Persekutuan Labuan boleh membuat pembayaran cukai tanah secara Perbankan Internet melalui Maybank2U.

    Sebarang pertanyaan/aduan boleh dibuat melalui peti pesanan media sosial rasmi PPTGWP (Facebook/ Instagram/ Twitter) atau emel ke tanahwila@ptgwp.gov.my.

     

    Sekian.  Terima kasih.