Permohonan Serah Balik Bahagian Tanah - Seksyen 200 KTN
Tarikh Kemaskini: Wed, 17 Jul 2019
MAKLUMAT AM
Permohonan Permohonan Serah Balik Bahagian Tanah - Seksyen 200 KTN bagi hakmilik tanah yang mempunyai sekatan kepentingan.
SENARAI SEMAK URUSAN
Bil. | Perkara | Mandotori |
1. | Borang 12B (3 salinan) | / |
2. | Carian rasmi / salinan hakmilik terkini beserta salinan Pelan | / |
3. | Hak Milik Asal (Sekiranya hak milik asal dipegang oleh pemegang gadaian tersebut ke dalam hak milik baru diperlukan) | / |
4. | Surat Kebenaran Dari Pihak Berkepentingan : 1 Pemegang Gadaian 2. Pemegang Pajakan 3. Pemegang Lien 4. Pengkaveat | / |
5. | Salinan Resit Cukai Tanah Terkini/Semasa | / |
6. | 1 keping CD Autocad pelan pra hitungan format DXF & DWG 2000 sahaja (Koordinat: GDM 2000 Cassini-soldner) | / |
7. | Pelan: 15 keping pra hitungan – Diperakukan oleh DBKL | / |
8. | Bukti pembelian tanah : 1. Permohonan Individu - Salinan kad pengenalan pemilik - Salinan pemegang surat kuasa wakil (PA) yang telah di daftarkan di Pejabat Tanah 2. Permohonan pemilik berdaftar (Syarikat) - Carian SSM (3 bulan dari tarikh permohonan) - Salinan dokumen surat kuasa wakil (PA) yang telah di daftarkan di Pejabat Tanah 3. Permohonan Pertubuhan / Persatuan / Perbadanan - Salinan Perlembagaan - Surat pengesahan lantikan 4. Permohonan Pemegang Amanah - Salinan surat ikatan amanah (Trust Deed) | / |
9. | 4 keping gambar tapak semasa / terkini yang menunjukkan perbezaan sudut pandangan (Saiz 5R) | / |
* Setiap salinan perlu diakuisah sebelum dikemukakan kepada pejabat ini oleh Peguam, Majistret, Pegawai Kerajaan di Kumpulan Pengurusan & Profesional dan lain-lain orang yang dibenarkan. * Tempoh bagi carian SSM terkini dan carian rasmi/salinan hakmilik pejabat tanah yang diakui sah oleh pendaftar hakmilik hanya terpakai 3 bulan sahaja daripada tarikh yang dikeluarkan. |
FI
Maklumat ini merujuk Kaedah-kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1995 (Kaedah 53) bahagian Fee Pejabat.
Bil | Perkara | FI(RM) |
1. | Permohonan bagi maksud awam | PERCUMA |
PERMOHONAN ATAS TALIAN
Cara Memohon:
Bil | Langkah-langkah |
1. | Setelah selesai isi maklumat atas talian Sistem e-TANAH (PSST), pemohon perlu mencetak untuk mendapatkan slip urusan yang dipohon |
2. | Setelah selesai urusan (1), dokumen tersebut serta surat kelulusan yang dikeluarkan hendaklah diserahkan semasa berurusan di kaunter SPOC Bahagian Pembangunan Tanah. |