Maklumat Sektor

Objektif Sektor Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan
01
SEKTOR PENDAFTARAN TANAH
  • Mentadbir dan Melaksana Urusan Pendaftaran Tanah Dengan Cekap dan Menepati Piagam Pelanggan.
  • Memproses Permohonan Hakmilik Strata, Pemantauan dan Penguatkuasaan Undang-Undang Dengan Berkesan Serta Berkualiti Selaras Dengan Undang-Undang Tanah, Akta Hakmilik Strata dan Dasar Kerajaan.
  • Menyediakan Sistem Kutipan Hasil, Sistem Perakauan dan Rekod Hasil Tanah Agar Cukai dan Lain-Lain Hasil Tanah Dapat Dipungut Sepenuhnya.
02
SEKTOR PENGURUSAN TANAH
  • Menguruskan Permohonan Pembangunan Tanah Selaras Dengan Perancangan Yang Telah Diputuskan Oleh Pihak Berkuasa Perancang.
  • Memberi Khidmat Sokongan Teknikal Supaya Perancangan Pemberimilikan dan Permohonan Tanah Adalah Teratur.
  • Menentukan Supaya Penggunaan Tanah Mengikut Peraturan dan Undang-Undang Tanah Bagi Menghasilkan Faedah Yang Optimum Kepada Rakyat dan Kerajaan.
03
SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN
  • Menyediakan Khidmat Sokong Kepada Bahagian-Bahagian Dalam Bidang Perkhidmatan, Pembangunan Organisasi, Pengurusan Prestasi dan Tatatertib Serta Pembangunan Sumber Manusia dan Latihan.
  • Mewujudkan Pengurusan Yang Berkesan Dengan Pendekatan Yang Strategik Dari Segi Perancangan, Pengawasan Serta Pengawalan Dalam Perkara Pentadbiran.
  • Mengurus dan Mengagihkan Peruntukan Kewangan Berdasarkan Keutamaan dan Keperluan Ke Arah Pengurusan Yang Cekap dan Amanah.
  • Membantu Meningkatkan Keupayaan Pengurusan dan Operasi Melalui Pembudayaan Kerja Berasaskan ICT dan Komunikasi Bersepadu.