Dasar Privasi

DASAR PRIVASI

Dasar privasi ini menerangkan penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui laman web Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan di www.ptgwp.gov.my.

Keselamatan Data
Semua penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi dikumpul semasa pengunjung melayari www.ptgwp.gov.my kecuali maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui e-mel atau pendaftaran di bahagian yang dilindungi dalam laman web ini. Maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama agensi Kementerian Kewangan yang lain bagi membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan, contohnya dalam menyelesaikan pertanyaan atau aduan yang memerlukan maklum balas daripada agensi lain.

Pautan
Walaupun www.ptgwp.gov.my mempunyai pautan ke laman web agensi di bawah Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan serta agensi lain, dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi setiap laman web lain yang dilayari.

Fail Log
Bagi tujuan meningkatkan tahap keselamatan dan kecekapan laman web Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, maklumat umum pengunjung seperti jenis pelayar (browser), nama domain, negara dan maklumat lain akan digunakan bagi pengumpulan dan penganalisisan data demografi serta halaman yang sering dikunjungi. Walau bagaimanapun, ia tidak melibatkan privasi individu.

Cookies
Pada masa ini, cookies tidak digunakan. Walau bagaimanapun, ia mungkin digunakan pada masa akan datang.

Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini.

Pertanyaan atau Aduan
Sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan dasar privasi www.ptgwp.gov.my bolehlah dikemukakan kepada pihak kami.

Maklum Balas
Kami amat mengalu-alukan maklum balas daripada pengunjung.