Tatacara Permohonan Salinan Resit Bayaran Secara Atas Talian

1.         OBJEKTIF

 

1.1 Menyeragamkan proses permohonan Resit Bayaran Secara Dalam Talian;

1.2 Menjaga keselamatan dokumen rasmi daripada disalahgunakan oleh pihak yang berkepentingan; dan

1.3 Melindungi hak pemilik hartanah.

 

2.         DOKUMEN

 

2.1 Keperluan dokumen yang perlu dikemukakan semasa permohonan Resit Bayaran Secara Dalam Talian:-

2.1.1 Salinan Kad Pengenalan PEMILIK/PEMOHON/PEMBAYAR;

2.1.2 Bukti bayaran secara dalam talian (Maybank2u / CIMB Clicks / RHB Online / Pos Online);

2.1.3 Sekiranya pemohon atau pembayar BUKAN PEMILIK, hendaklah disertakan surat kuasa daripada PEMILIK; dan

2.1.4 Sekiranya PEMILIK telah meninggal dunia sertakan bukti sebagai waris.

 

3.         TARIKH KUATKUASA

 

3.1 Arahan ini berkuatkuasa serta merta ke atas semua Permohonan Salinan Resit Bayaran Secara Dalam Talian.