Sistem Pembelian Pelan Awam (SPPA) secara e2e
Tarikh Kemaskini: Sel, 21 Mac 2023
Pembelian Pelan Awam (SPPA) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur boleh dilakukan sepenuhnya secara talian (online) Mulai 7 Mac 2023,
Pembelian Pelan Awam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur boleh dilakukan sepenuhnya secara talian (online) melalui Portal Awam e-Tanah Pejabat Pengarah Tanah dan Galian WP Kuala Lumpur (PPTG WPKL).
Melalui kemudahan ini, pelanggan/orang awam tidak lagi perlu hadir ke kaunter PPTG WPKL untuk membuat permohonan pembelian pelan awam, pembayaran, semakan status permohonan , semakan dan cetakan pelan. Pelaksanaan inisiatif ini adalah selaras dengan hasrat pejabat ini untuk menyediakan lebih banyak urusan secara atas talian seiring dengan keperluan dan situasi semasa.
Tunggu apa lagiā¦..Jom kita online!