PERMOHONAN ID PENGGUNA PORTAL AWAM e-TANAH WPKL BAGI FIRMA GUAMAN
PERMOHONAN ID PENGGUNA PORTAL AWAM e-TANAH WPKL
Adalah dimaklumkan bahawa Sistem e-Tanah akan mula beroperasi di PPTG WPKL bermula 19 Jun 2017. Antara kemudahan yang akan diperkenalkan dengan penggunaan sistem e-Tanah adalah pengenalan kepada Portal Awam. Portal ini menyediakan kemudahan secara elektronik seperti:
1. e-Carian – Permohonan Carian Persendirian Hakmilik Tanah dan Strata secara atas talian
2. e-Permohonan – Permohonan Memecah Bahagi Bangunan (Strata), Consent dan Lelong secara atas talian
3. e-Semakan – Semakan status permohonan secara atas talian
4. e-Bayaran – Semakan cukai tanah dan pembayaran secara atas talian
Untuk menikmati kemudahan ini, pengguna perlu mempunyai ID Pengguna untuk mengakses Portal Awam e-Tanah. Oleh itu, Firma Guaman yang sudah berdaftar dengan pejabat ini perlu mengisi BORANG KEPERLUAN ID PENGGUNA FIRMA GUAMAN yang disediakan dan mengemukakan borang yang telah lengkap kepada etanahklsupport@ptgwp.gov.my. Maklumat nama firma, alamat emel dan kod firma wajib diisi.
Satu email notifikasi akan dihantar kepada pengguna untuk memaklumkan tentang ID Pengguna dan Kata Laluan. Pengguna boleh menggunakan Portal Awam e-Tanah iaitu di www.ptgwp.gov.my dengan menggunakan ID Pengguna yang dikemukakan.
Sekian Terima Kasih
e-Tanah KL Support
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No Telefon: +603-2693 6429